fbpx
Cerita Borneo

Isu Caj Keluar Masuk Brunei, Penduduk Limbang Lawas Terbeban

Tiada lagi perjalanan percuma rentas negara seperti sebelum ini.

Isu Caj Keluar Masuk Brunei, Penduduk Limbang Lawas Terbeban. Susulan keputusan kerajaan Brunei untuk mengenakan bayaran keluar masuk kepada individu yang melalui sempadan negara tersebut, penduduk di Limbang ternyata tersepit dengan langkah tersebut.

Hal ini kerana ia lebih menyukarkan perjalanan keluar masuk ke bahagian lain di Sarawak untuk urusan harian serta pekerjaan.

Bukan itu sahaja, perjalanan darat merentasi Brunei Darussalam merupakan satu-satunya alternatif yang cepat dan mampu untuk penduduk Limbang selain menggunakan laluan udara yang agak mahal.

Isu Caj Keluar Masuk Brunei, Penduduk Limbang Lawas Terbeban
Isu Caj Keluar Masuk Brunei, Penduduk Limbang Lawas Terbeban

Rayu perhatian kerajaan Sarawak

Memetik laporan The Borneo Post, pengerusi Persatuan Melayu Limbang, Mohamad Abu Bakar, menyeru agar kerajaan Sarawak serta wakil rakyat di Limbang mencari solusi secepat yang mungkin bagi meringankan beban yang dialami oleh penduduk Limbang.

Mohamad Abu Bakar. Sumber : The Borneo Post

Caj keluar masuk ini adalah beban baharu yang lebih berat untuk penduduk Limbang serta Lawas setelah sekian lamanya terpaksa merentasi sebuah negara untuk ke bahagian Sarawak yang lain.

Buat jalan alternatif dari Miri ke Limbang tanpa rentas Brunei

Beliau juga merayu agar kerajaan Sarawak membuat jalan alternatif dari Limbang ke Miri tanpa perlu melalui Brunei bagi memperbaiki taraf hidup penduduk Limbang serta pembangunan di sekitar bahagian itu.

Seorang lagi penduduk Limbang, Awangku Syahrizan memberitahu bahawa caj tersebut akan menyukarkan penduduk untuk berulang alik dari Miri dan Lawas, terutamanya untuk urusan kerja.

Isu Caj Keluar Masuk Brunei, Penduduk Limbang Lawas Terbeban

Beliau juga turut mencadangkan agar kerajaan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk mengurangkan harga tambang dari Miri ke Limbang dan Lawas. Dalam masa yang sama, penyelesaian yang terbaik ialah membina jalan alternatif yang tidak merentasi Brunei.

Lebih membebankan keluarga yang ramai berbanding bayar tol untuk sebuah kenderaan

Tambahnya lagi, caj keluar masuk ini akan membebankan keluarga yang mempunyai ahli yang ramai jika dibandingkan dengan bayaran tol yang hanya dikenakan mengikut kenderaan, bukannya secara individu.

Awangku Syahrizan. Sumber : The Borneo Post.

Perniagaan merosot akibat kekurangan pelanggan dari Brunei

Seorang pemilik bengkel kenderaan pula, Chua Eng Hin, turut menyatakan kegusarannya terhadap peraturan baharu tersebut. Tidak dinafikan, langkah tidak membenarkan penduduknya untuk keluar negara terlebih dahulu adalah suatu langkah yang tepat oleh pihak kerajaan Brunei.

Walau bagaimanapun, perniagaannya kini semakin merosot akibat kekurangan pelanggan yang kebanyakannya merupakan warga Brunei.

Chua Eng Hin. Sumber : The Borneo Post

Tambahnya lagi, kaedah caj keluar masuk adalah lebih membebankan berbanding bayaran tol di Jambatan Rasau, Kuala Belait.

Isu Caj Keluar Masuk Brunei, Penduduk Limbang Lawas Terbeban
Tol Jambatan Rasau, Kuala Belait.

Isu halangan geografi ini tidak sepatutnya menjadi masalah di alaf 2020 ini. Namun nampaknya ia semakin membebankan penduduk di kawasan yang tersepit. Tambahan pula negara jiran telah mengenakan caj keluar masuk yang agak mahal untuk rakyat Malaysia.

Semoga ada sinar harapan buat penduduk Limbang dan Lawas.

Apa pendapat anda? Atau anda ada solusi untuk masalah ini? Layangkan pandangan anda di ruangan komen.

Baca juga :

Sumber
The Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button