fbpx
Cerita Borneo

Isu Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock Di Sibu, Netizen Tampil Pertahan Tindakan

Tindakan tersebut dikatakan sebagai SOP biasa PDRM dan ATM.

Isu Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock Di Sibu, Netizen Tampil Pertahan Tindakan. Kelmarin, tular satu video seorang pegawai polis trafik yang bertindak menendang seorang penunggang motorsikal yang membuat pusingan U semasa sekatan jalan raya.

Kejadian tersebut berlaku semasa sekatan jalan raya rambang ‘Ops Motorsikal’ yang dibuat oleh pegawai polis trafik di Jalan Temple dekat Bandaraya Sibu, Sarawak.

Video yang telah tular tersebut telah mendapat reaksi yang bercampur baur daripada orang ramai. Kebanyakannya tidak menyokong tindakan polis berkenaan kerana dianggap terlalu kasar dan tidak berperikemanusiaan hanya disebabkan seorang penunggang motorsikal ‘lari’ daripada sekatan jalan raya.

❗ Video Viral❗ Kami menerima video ini sejak pagi tadi. Kejadian berlaku ketika Snap Check BSPT Jalan Temple…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, August 25, 2020

Namun, seorang netizen telah memuat naik ciapan yang bersetuju dengan tindakan polis tersebut. Bukan itu sahaja, pengguna Twitter yang bernama @Marchforward itu juga telah memberikan alasan mengapa polis tersebut berbuat demikian.

Polis dan tentera ada SOP yang dipanggil Minimum Use of Force

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki prosedur operasi standard (SOP) yang dipanggil sebagai Minimum Use of Force.

Melalui Minimum Use of Force, terdapat peraturan dan syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan mereka melakukan cara yang paling minimum atau bersesuaian untuk mencapai objektif.

Dalam kes tersebut, pihak polis mempunyai sebab yang jelas untuk menendang motorsikal berkenaan kerana motorsikal tersebut cuba untuk lari daripada sekatan jalan raya.

Isu Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock Di Sibu, Netizen Tampil Pertahan Tindakan
Isu Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock Di Sibu, Netizen Tampil Pertahan Tindakan

Memandangkan anggota tersebut tidak menggunakan kenderaan pada waktu itu, mereka mempunyai alternatif untuk menendang berbanding menggunakan senjata seperti menembak atau sekadar menjerit, atau mengejar motorsikal tersebut dengan berlari.

Walau bagaimanapun, sekiranya motorsikal tersebut tidak cuba melarikan diri namun tetap ditendang oleh pihak polis, maka ia adalah satu kesalahan yang jelas.

Menurut @marchforward lagi, jika kes ini dibawa ke mahkamah, pihak polis atau pun ATM mempunyai kelebihan atas alasan mereka mengguna pakai SOP Minimum Use of Force.

Pihak polis telah dilatih untuk menghadapi situasi sedemikian

Tambahnya lagi, pihak polis telah dilatih di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) untuk pelbagai perkara termasuk semasa menghadapi situasi seperti itu.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter dengan nama hehey turut menjelaskan kesan serta risiko yang perlu ditanggung jika seseorang lari daripada sekatan jalan raya.

Boleh jadi ‘lari’ dari roadblock sebab bawa barang terlarang

Melalui ciapan yang beserta tangkap layar Law of Malaysia Akta 593 berkenaan tugas-tugas polis, hehey menjelaskan bahawa seseorang yang lari daripada sekatan jalan raya tidak semestinya melakukan kesalahan trafik namun sebaliknya berkemungkinan membawa barang terlarang.

Tindakan melarikan diri hanya menimbulkan rasa syak wasangka yang tinggi daripada pihak polis dan seterusnya menyebabkan pelaku dikejar polis untuk disoal lanjut.

Penunggang tersebut rupanya tidak ada lesen, cukai jalan mati

Setelah diperiksa dengan lebih lanjut, penunggang motorsikal tersebut didapati lari kerana tidak mempunyai lesen serta cukai jalan yang telah mati. Malah, lelaki tersebut juga akan berdepan tindakan saman kerana menunggang motorsikal secara melawan arus serta mengubah suai ekzos.

Berdasarkan Seksyen 26 (2), Akta Polis 1967, seseorang individu yang ingkar arahan polis yang mengadakan sekatan jalan raya boleh dipenjara tidak lebih daripada 1 tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi RM 1,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam masa yang sama, anggota tersebut kini sedang disiasat oleh PDRM Sarawak dan akan dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati cuai dan agresif semasa menjalankan tugas.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Kongsikan di ruangan komen. Kalau ada sekatan jalan raya, berhenti dan jangan lari, okay?

Baca juga :

Artikel Berkaitan

Back to top button