fbpx
Cerita Borneo

Isu Vape Dalam Parlimen, Hishammuddin Sudah Langsaikan Denda RM 250

Macam ini baru betul.

Isu Vape Dalam Parlimen, Hishammuddin Sudah Langsaikan Denda RM 250. Minggu lalu, tular isu seorang ahli parlimen yang juga merupakan menteri kanan sebuah kementerian didapati ‘kantoi’ menghisap vape semasa persidangan parlimen.

Perbuatan tersebut dilakukan secara sembunyi di sebalik pelitup muka. Namun, ia disedari dan sempat dirakam oleh kamera siaran langsung yang ada di Dewan Rakyat.

Untuk membaca cerita lanjut, anda boleh klik pautan ini :

Hishammuddin telah didenda, langsai terus RM 250

Walau bagaimanapun, dalam kenyataan balas semasa sesi persidangan hari ini, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menjelaskan bahawa beliau telah didenda atas perbuatan tersebut. Malah, beliau juga telah menjelaskan sejumlah RM 250 yang telah dikenakan ke atas beliau.

Isu Vape Dalam Parlimen, Hishammuddin Sudah Langsaikan Denda RM 250
Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Hal Ehwal Luar Negara

Hishammuddin menjawab isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Klang, Wong Shu Qi berkenaan larangan ahli parlimen untuk merokok dalam kawasan Parlimen seperti yang termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 41 (d).

Isu menteri ‘vaping’ beri tanggapan buruk kepada rakyat

Namun demikian, Wong menjelaskan bahawa perkara tersebut perlu dibangkitkan sekali lagi kerana ia memberi tanggapan buruk kepada rakyat tentang Jemaah Menteri. Malah, perkara tersebut juga membangkitkan persoalan rakyat tentang penguatkuasaan undang-undang dua darjat antara rakyat marhaen dan menteri sekiranya ahli jemaah yang bersalah tidak didenda.

Isu Vape Dalam Parlimen, Hishammuddin Sudah Langsaikan Denda RM 250
Isu Vape Dalam Parlimen, Hishammuddin Sudah Langsaikan Denda RM 250

Dalam masa yang sama, Wong turut menggesa agar Hishammuddin membuat permohonan maaf secara rasmi di Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, Hishammuddin menegakkan kenyataannya apabila menjelaskan bahawa beliau sudah meminta maaf di luar mahu pun di dalam Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berterima kasih ke atas soalan yang diajukan oleh Wong serta mengesahkan permohonan maaf yang dikemukakan oleh Hishammuddin.

Kompaun RM 250 di kedai makan, kawasan terbuka dan tertutup yang diwartakan sejak Januari 2020

Berdasarkan peraturan baru yang berkuatkuasa Januari 2020, mana-mana individu yang didapati merokok termasuk menghisap rokok elektronik (vape) di kawasan larangan seperti kedai makan, kawasan terbuka serta tertutup yang telah diwartakan akan dikenakan kompaun sebanyak RM 250.

Individu yang gagal melangsaikan kompaun tersebut akan dihadapkan ke mahkamah dan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 10,000 dan penjara selama 2 tahun.

Macam ini baru betul, kan?

Baca juga :

Artikel Berkaitan

Back to top button