fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Jadi Mali, Adat Perkahwinan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
23 Jun 2020
Jadi Mali, Adat Perkahwinan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Adat Untuk Selesaikan Kemelut Pasangan Yang Mempunyai Hubungan Keluarga Yang Sangat Dekat.

Jadi Mali, Adat Perkahwinan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang. Masyarakat pribumi di Sarawak mempunyai pelbagai adat istiadat yang unik dan menarik untuk diketahui. Apatah lagi, ia adalah identiti sesebuah kaum dalam menjalani kehidupan seharian yang aman dan sejahtera

Dalam urusan perkahwinan pula, masyarakat Iban di Sarawak masih berpegang teguh dengan adat tradisi mereka. Antaranya seperti adat Jadi Mali.

ADVERTISEMENT

Adat Jadi Mali dilakukan sekiranya sesebuah pasangan bercinta yang ingin mendirikan rumah tangga mempunyai pertalian keluarga yang sangat dekat. Contohnya seperti ibu atau bapa saudara yang ingin mengahwini anak saudara. Kebiasaannya, hubungan ini tidak direstui oleh kedua-dua ibu bapa.

Jadi Mali, Adat Perkahwinan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang

Sekiranya kedua-dua pasangan masih nekad untuk meneruskan hajat perkahwinan mereka, jalan penyelesaiannya ialah dengan mengadakan adat Jadi Mali ini. Adat ini juga dilakukan terhadap pasangan yang terpaksa berkahwin kerana si gadis telah hamil.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Ngintu Adat Jadi Mali, Adat Untuk Elak Malapetaka Buat Pasangan Cinta Terlarang

“Ngintu Adat Jadi Mali” atau hukum adat cinta terlarang merupakan adat perkahwinan yang dilakukan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang diingini seperti bencana atau malapetaka disebabkan oleh hubungan terlarang ini di masa depan.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan kepercayaan nenek moyang masyarakat Iban, perkahwinan pasangan jadi mali ini kebiasaannya akan mengundang malapetaka atau ‘kudik’ seperti tanah runtuh.

Mereka juga dikatakan tidak tenteram dalam melayari perkahwinan. Bahkan, pasangan ini akan selalu sakit dan kurang rezeki. Lebih malang, anak yang dilahirkan daripada perkahwinan ini akan lahir dalam keadaan kurang upaya.

ADVERTISEMENT

Pasangan Perlu Mandi Darah Khinzir Dalam Sungai

Bagi mengelakkan terjadinya perkara sebegini, pasangan haruslah bermandikan darah khinzir di dalam sungai.

Syarat pertama untuk melakukan adat jadi mali ialah hubungan mestilah mendapat tentangan daripada ibu bapa pasangan tersebut.

Adat ini harus dilakukan di sungai di mana kedua-dua pasangan ini harus dimandikan dengan darah khinzir. Dalam pada masa yang sama, pasangan ini akan dipayungi dengan sehelai kain pua kumbu oleh dua orang wanita. Kedudukan pasangan ini pula hendaklah berada di sebelah hilir sungai.

Jadi Mali, Adat Perkahwinan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Jadi Mali, Adat Perkahwinan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Kredit : FB Anita Morgansenz
Jadi Mali, Adat Perkahwinan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Kredit : FB Anita Morgansenz

Pada sebelah hulu sungai pula, penghulu kampung dan ketua adat akan menyembelih seekor khinzir. Ia haruslah dilakukan pada arah yang sama agar darah khinzir dapat mengalir melalu pasangan tersebut. Kemudian, doa atau ‘sampi’ akan dibacakan agar kehidupan pasangan tersebut dirahmati dan sentiasa dilindungi selama mendirikan rumah tangga.

Perlu Bayar Hukuman Juga

Pasangan yang melakukan adat ini juga hendaklah membayar sejumlah denda atau hukuman. Hukuman nya terdiri daripada sebuah tajau kecil (kebuk), piring kaca dan wang hukuman yang berjumlah RM 200 hingga RM 300. Bayaran ini ditentukan mengikut berapa dekat hubungan kekeluargaan sesebuah pasangan tersebut.

Jadi Mali, Adat Perkahwinan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Tajau, sejenis bekas tradisi masyarakat Iban.
Kredit : Rh. Benggau Ng. Sut Kapit

Walau pun adat ini dilakukan bagi merestui perkahwinan cinta terlarang, adat kuno masyarakat Iban yang sebelum nya menetapkan hukuman bunuh menggunakan buluh runcing ke atas pasangan jadi mali.

Walau bagaimanapun, perkahwinan antara sepupu tidak dianggap sebagai ‘mali’ dalam masyarakat Iban. Maka, mereka tidak perlu mengadakan adat jadi mali ini sekiranya ingin berkahwin.

Walau pun jarang didengar pada zaman ini, adat ini sebenarnya masih diamalkan di beberapa bahagian di Sarawak terutamanya di daerah Betong dan Saratok.

Anda pernah melihat bagaimana adat ini berlangsung? Atau anda pernah menyaksikan adat-adat lain yang unik? Kongsikan cerita anda di laman komen agar untuk pengetahuan generasi hari ini.

Kenali juga 5 tradisi perkahwinan unik yang terdapat di Sabah dan Sarawak :

Tahukah anda bahawa pua kumbu tidak boleh ditenun oleh sembarangan wanita? Baca selanjutnya di sini :

Share7602Tweet267SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy