fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
3 Februari 2021
Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh
Share on FacebookShare on Twitter

Jalan runtuh tersebut berlaku susulan hujan lebat sepanjang malam.

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh. Akibat jalan runtuh tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengambil langkah awal untuk menutup laluan Jalan Melekun-Mujong, kira-kira 16 kilometer dari bandar Kapit susulan kejadian jalan runtuh yang dilaporkan jam 5.30 pagi semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Erwandy Tugor, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada tanah mendap susulan hujan lebat sepanjang malam.

“Kejadian itu disebabkan kelembapan tanah berikutan hujan berterusan sepanjang malam tadi. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Satu lencongan akan dibuat untuk menghubungkan kawasan Mujong dengan bandar Kapit,” katanya.

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh
Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Laluan itu berbahaya digunakan

Jelas beliau, keadaan tersebut menyebabkan laluan itu berbahaya digunakan dan langkah mengepung kawasan mendapan dilakukan bagi keselamatan pengguna.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

“Ketika ini, kita menunggu jentera untuk membantu membuat lencongan ke Mujong dan bandar Kapit.

“Lebih 10 rumah panjang di sepanjang laluan itu terjejas akibat insiden terbabit,” tambah beliau ketika dihubungi semalam.

Di samping itu, beberapa kawasan rendah di bandar itu turut dinaiki air banjir, kata Erwandy.

Antaranya adalah jalan masuk menuju ke Rumah John Ramba yang telah dinaiki air sedalam 0.3 meter sehingga 0.5 meter dengan trend air masih menaik.

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Rumah di Kampung Muhibbah dan Kampung Baru turut dinaiki air banjir

Selain itu, masing-masing sebuah rumah di Kampung Muhibbah dan Kampung Baru turut dinaiki air banjir 0 hingga dua meter hingga satu meter.

Dalam kejadian berasingan, beberapa kawasan rendah di daerah Kanowit turut dinaiki air banjir ekoran hujan lebat sepanjang malam.

Ketua Balai dan Penyelamat Kanowit Arrahman Chik berkata sepanjang pemantauan didapati situasi banjir berada keadaan terkawal.

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Jalan Angkong dinaiki air sedalam 0.5 meter

“Antara kawasan dinaiki air banjir ialah Jalan Angkong dinaiki air sedalam 0.5 meter dan Jalan Rantau Kemiding dinaiki air sedalam satu meter dan masih boleh dilalui semua kenderaan.

“Bagaimanapun, agak berbahaya bagi kenderaan ringan di Jalan Lukut/Penyulau dilimpahi air banjir berkedalaman 3.0 meter,” kata beliau.

Katanya, sepanjang rondaan didapati keadaan air naik perlahan-lahan serta cuaca kini dalam keadaan mendung.

Kredit: Utusan Borneo

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy