fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Jerebu Kembali Ke Miri, Dikatakan Berasal Dari Kebakaran Hutan

iloveborneo Oleh iloveborneo
23 Februari 2020
Jerebu Kembali Ke Miri, Dikatakan Berasal Dari Kebakaran Hutan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kebakaran Dikatakan Berasal Dari Plot Tanah Yang Dimiliki Oleh 2 Buah Syarikat

Jerebu Kembali Ke Miri, Dikatakan Berasal Dari Kebakaran Hutan. Bandaraya kedua di Sarawak, Miri kembali mengalami jerebu hari ini akibat dari kebakaran hutan yang berlaku di kawasan Kuala Baram. Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong, sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian kebakaran bagi membantu pemilik tanah memadamkan kebakaran.

Asap tebal nampak jelas dari kapal terbang

Bagi anda yang menaiki pesawat untuk ke Miri, anda akan dapat melihat asap tebal yang menjadi punca jerebu tersebut. Jerebu tebal turut dilihat jelas di kawasan utama di Bandaraya Miri, ditambah lagi dengan angin kuat.

ADVERTISEMENT

Asap tebal tersebut dikatakan berasal dari kawasan Kuala Baram dan kebetulan juga angin bertiup kencang ke arah Bandaraya Miri.

Sempat ambik gambar punca jerebu di miri..

Posted by Borhan Bohari on Sunday, February 23, 2020

Kebakaran hutan ini juga sempat dirakam oleh penduduk Miri yang turut meluahkan rasa kurang gembira mereka dengan berulangnya episod jerebu.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Angus angus utan miri #miri #hutan #senadinkualabaram #23feb2k20 #onfire

Posted by Budi KuJo on Sunday, February 23, 2020

Mirians are so tired with haze always happen during dry season. And no, don’t point out our fingers to Kalimantan this time. It’s happening in our own backyard. This is clearly the work of “one company” in Miri that always associates with land clearing & we are fucking tired

— clarky (@itsclrkhns) February 23, 2020

Jaga kesihatan dan elakkan aktiviti di luar

Jika anda tinggal di Bandaraya Miri, elakkan untuk membuat aktiviti di luar terlebih dahulu sehingga jerebu reda. Anda juga disarankan untuk minum lebih banyak air.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo sebentar tadi, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong dipetik berkata :

ADVERTISEMENT


“Hasil tinjauan mendapati paras air yang rendah dalam sistem perparitan berikutan cuaca kering ini menyebabkan api dapat merebak dengan cepat.
Pergerakan angin juga didapati kuat menyebabkan kebakaran cepat merebak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau setakat jam 3 petang, kebakaran di kawasan ladang milik syarikat Shin Yang berjaya dikawal dan hanya tinggal memadam kebakaran di dalam tanah.

ADVERTISEMENT


“Syarikat Shin Yang mengerahkan seramai 30 orang anggota, dua unit jengkaut, dua unit pam angkut dan dua unit tangki air untuk memadamkan kebakaran itu. “Setakat ini kawasan yang masih kuat berasap ialah kawasan tanah kepunyaan syarikat Naim” ujarnya.

Source: Utusan Borneo
Share12931Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy