fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Jururawat Asal Sarawak Ini Dedah Tindak Balas Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
23 Februari 2021
Jururawat Asal Sarawak Ini Dedah Tindak Balas Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

Ayong-ayong rasa lepas kenak suntik vaksin tok padahnya.

Jururawat Asal Sarawak Ini Dedah Tindak Balas Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura. Di Malaysia, kumpulan pertama yang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 ini adalah terdiri daripada petugas barisan hadapan yang merangkumi para doktor, jururawat, paramedik dan petugas yang berdepan secara langsung dengan pesakit COVID-19.

Tatkala negara jiran Singapura sudahpun memulakan program vaksinasi mereka, seorang wanita asal Sarawak yang juga merupakan seorang jururawat yang bertugas di Singapura tampil menceritakan pengalamannya menjadi antara orang terawal mendapatkan vaksin COVID-19.

Menerusi hantaran di laman Facebook SayBee Saeit, beliau telah melengkapkan 2 dos suntikan vaksin Pfizer-BioNtech. Hantaran tersebut telah mendapat sekitar 221 tanda suka dan lebih 400 perkongsian.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Jururawat Asal Sarawak Ini Dedah Tindak Balas Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura
Jururawat Asal Sarawak Ini Dedah Tindak Balas Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura
Sumber : FB SayBee Saeit

Pening, sakit bahu dan demam antara kesan sampingan biasa vaksin COVID-19

Bagi wanita tersebut, kesan yang dihidapinya selepas mendapatkan suntikan dos pertama vaksin adalah sedikit rasa pening. Pada hari kedua selepas disuntik pula, bahagian bahu yang menerima suntikan tersebut mulai sakit tapi beransur reda jika dibawa berehat dan memakan ubat tahan sakit (painkillers).

Jelas SayBee juga, selepas suntikan pertama vaksin, beliau terlebih dahulu dimasukkan ke pusat vaksin selama 30 minit bagi tujuan pemerhatian sekiranya terdapat tindak balas segera.

Untuk suntikan dos kedua pula, badannya bertindak balas sekali lagi dan berasa demam, sakit, letih dan lesu selama 2 hingga 3 hari. Namun demikian, simptom-simptom ini adalah tindak balas normal selepas anda mengambil vaksin tersebut. Hanya perlu makan ubat seperti biasa dan berehat.

Tambah wanita itu lagi, beliau belum pernah lagi mendengar kesan sampingan teruk selepas disuntik vaksin COVID-19 di Singapura. Yang ada hanyalah individu yang mengalami demam dan tidak selesa badan sehingga terpaksa mengambil cuti sakit.

Jururawat Asal Sarawak Ini Dedah Tindak Balas Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura
Dos vaksin jenis Pfizer-BioNtech yang diperoleh oleh SayBee.
Sumber : FB SayBee Saeit

Ambil vaksin umpama ambik risiko cabut gigi dan disuntik masa sekolah rendah

Inti sari yang paling menarik perhatian dalam perkongsian SayBee ini adalah pandangannya tentang pengambilan vaksin COVID-19 ini.

Menurut beliau, jika anda menerima suntikan vaksin ini, ia adalah sama seperti anda mengambil risiko sepertimana seorang ibu membenarkan anaknya disuntik vaksin BCG sewaktu anak baru dilahirkan. Malah, tiada apa-apa dokumen pun yang perlu ditanda tangan kerana pemberian vaksin atau pelalian untuk kanak-kanak baru lahir adalah salah satu bentuk rawatan wajib.

Konsep ini jelasnya lagi, sama seperti anda dicabut gigi ketika berada di klinik gigi sekolah rendah, bahkan diberi suntikan imunisasi di sekolah. Semua perkara yang dilakukan pasti mempunyai risiko.

Antara mengambil vaksin dan keluar tanpa memakai pelitup muka, keluar tanpa memakai pelitup muka sebenarnya mendatangkan risiko yang lebih tinggi, katanya.

“Jika ada peluang, mengapa tidak kita memberi peluang kepada diri kita untuk mencuba vaksin ini,”

SayBee Saeit, penerima vaksin COVID-19

Namun demikian, SayBee menegaskan bahawa tindak balas setiap individu adalah berbeza. Boleh jadi badan anda tidak merasa apa-apa, boleh jadi juga anda demam dan menggigil.

Tips : Jadualkan temujanji suntikan sehari sebelum hari cuti atau off-day

Selain itu, wanita ini juga turut berkongsi pesanan bahawa anda seelok-eloknya mengambil vaksin ini sehari sebelum hari cuti atau off-day anda. Daripada pengalaman peribadinya, ada individu terdekat yang mengalami kesan seawal 6 jam selepas suntikan. Dengan itu, anda tidak perlu susah-susah untuk memohon cuti sakit sekiranya kesan sampingan yang anda terima menyulitkan anda untuk bekerja.

Demam, pening dan lesu itu perkara biasa. Tidaklah seburuk mana kan? Sekurang-kurangnya anda sudah boleh jangka apa yang akan berlaku kepada tubuh badan anda selepas menerima vaksin ini kelak.

Untuk makluman, Singapura telah memulakan program vaksinasi COVID-19 pada Disember tahun lalu dengan kumpulan pertama penerima vaksin adalah para petugas barisan hadapan. Golongan warga emas pula menyusul pada penghujung Februari ini diikuti orang awam.

Adakah anda sudah mendaftar untuk vaksinasi COVID-19? Kemaskini MySejahtera anda sekarang untuk mendaftar ;

SUMBER : FB SayBee Saeit
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy