fbpx
Cerita Borneo

Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin Segera Mohon Maaf

“Maaf, saya tidak perasan” – Hishammuddin

Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin Segera Mohon Maaf. Sejak sidang Parlimen dibuka semula, macam-macam pula kejadian yang berlaku di sana. Daripada pertukaran speaker sehinggalah perdebatan tentang makanan bekal seorang menteri.

Hari ini, ada lagi sebuah cerita menarik dikhabarkan datang dari Parlimen.

Menerusi perkongsian video di laman Twitter oleh pengguna @shamienhereyo, kelihatan seorang menteri telah menghisap vape secara sembunyi semasa seorang menteri lain menyampaikan perbahasan. Perkongsian tersebut telah tular sebanyak 1.8K ulang kicau dan 954 tanda suka.

Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin Segera Mohon Maaf
Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin Segera Mohon Maaf

Hisap vape dalam pelitup sepatuh muka

Dalam video tersebut, Menteri Kanan Hal Ehwal Luar Negara, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dilihat curi-curi menghisap rokok elektronik atau pun biasa dipanggil vape walaupun sedang memakai pelitup muka.

Kejadian tersebut dirakam oleh kamera siaran langsung di dalam dewan tersebut.

Hishammuddin mohon maaf segera selepas tular

Menyedari perkara tersebut, Hishammuddin segera memohon maaf pada ulang kicau ciapan tersebut. Jelasnya, beliau tidak menyedari perbuatan tersebut dan berterus terang bahawa vape telah menjadi amalan terbarunya.

Beliau turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut dan memohon maaf kepada Dewan Rakyat.

Permohonan maaf tersebut setakat ini telah mendapat 2.6K ulang kicau dan 2.2K tanda suka.

Reaksi campur baur dari netizen

Kejadian tersebut turut mendapat reaksi bercampur baur dari netizen. Ada di antara netizen yang memuji keberanian menteri tersebut untuk berlaku jujur dan mengakui kesalahan dengan segera.

Namun, tidak kurang juga yang mempersoalkan sikap serta teladan yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin kerana perbuatan tersebut jelas melanggar undang-undang.

Di sebalik respon bercampur baur itu, ada juga netizen yang cuba menceriakan keadaan dengan mengusik Hishammuddin tentang perisa yang digunakan untuk vape beliau.

Walau pun beliau telah meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara tersebut, namun tindakan tersebut ternyata menyalahi undang-undang. Apatah lagi beliau merupakan sosok pemimpin negara yang sepatutnya menjadi role model kepada rakyat.

Antara 23 tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok adalah seperti mana-mana tempat kerja yang berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat serta mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan dalam bangunan selain bangunan kediaman.

Lain kali jangan buat lagi ya, Dato’!

Baca juga artikel berkaitan :

Sumber
Twitter Mhd ShaminTwitter Hishammuddin Hussein

Artikel Berkaitan

Back to top button