fbpx
Cerita Borneo

Karaoke Sampai Puas! Pusat Karaoke K11 Tawar Harga Promo RM10 Sahaja!

Dah Lama Tak Melepaskan Gian Menyanyi? Inilah Masanya.

Semua orang ada keinginan menyanyi tak kira suara mereka lunak atau tidak. Menariknya, di penghujung bulan Oktober ini, pusat karaoke K11 menawarkan promosi serendah RM10 untuk sesi karaoke. Murah aihh!

Karaoke Sampai Puas! Pusat Karaoke K11 Tawar Harga Promo RM10 Sahaja!
Kredit : FB K11

Promosi ini bermula pada 20 Oktober 2019 (Ahad) hingga 25 Oktober 2019 (Jumaat) iaitu selama 6 hari. Untuk pengetahuan anda juga, promo ini berlangsung untuk sesi siang dan juga malam dengan syarat anda mesti masuk ke bilik karaoke sebelum jam 10 malam.

RM10 Termasuk Minuman Percuma

Selain itu, anda juga akan diberikan satu air minuman percuma untuk setiap seorang. Taklah anda kering tekak lepas menyanyi satu lagu. Berdasarkan pengalaman kami, lebih baik jika anda membuat tempahan awal berbanding walk-in kerana musim promo ini kebiasaannya pusat karaoke memang selalu penuh. Tempahan boleh dibuat sama ada di cawangan The Hills, ST3 dan juga Pusat Beli Belah AEON, Kuching. Maklumlah, baru lepas gaji kan?

Haa, siapa yang stress sangat tu? Karaoke lah sampai puas! Jangan lupa like dan share post ini serta tag ahli keluarga atau kawan-kawan anda.

Artikel Berkaitan

Back to top button