fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
26 Ogos 2020
Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Ingatkan animasi luar negara, rupanya hasil studio animasi anak Sabah!

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah. Jika anda mempunyai anak kecil yang gemar menonton rancangan kartun animasi, pasti anak-anak anda mengenali rancangan kartun Cam & Leon yang ditayangkan di saluran televisyen tempatan serta beberapa saluran kanak-kanak di internet.

Nampak macam dihasilkan oleh tenaga luar negara kan? Tapi tahukah anda bahawa animasi ini adalah salah satu rancangan animasi yang dihasilkan oleh studio yang diasaskan oleh anak jati Sabah.

ADVERTISEMENT

Wow!

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah
Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah

Giggle Garage diasaskan oleh anak Sabah, Juhaidah Joemin

Studio animasi yang berpangkalan di Cyberjaya ini diasaskan oleh Juhaidah Joemin. Beliau berasal dari sebuah perkampungan kecil di Kota Belud, Sabah. Minatnya yang mendalam terhadap kartun animasi sejak dari kecil telah berjaya membuatkannya membina empayar studio animasi yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Juhaidah merupakan lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Filem dan Animasi dari Multimedia University, Cyberjaya. Beliau menubuhkan studio animasi Giggle Garage bersama 3 staf yang lain pada tahun 2010, iaitu sejurus selepas 10 tahun beliau menamatkan pengajian.

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah

Studio tersebut kini diterajui oleh Juhaidah bersama suaminya dengan kakitangan seramai 70 orang yang memainkan peranan masing-masing dalam penghasilan kandungan kreatif yang segar dan menarik.

ADVERTISEMENT

Studio underrated, telah tayang animasinya ke beratus negara di seluruh dunia

Syarikat animasi ini boleh dikatakan underrated kerana telah mencapai pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa walau pun kurang diketahui umum seperti studio animasi lain di Malaysia.

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah

Antara anugerah yang pernah dimenanginya ialah Animasi 3D Terbaik di Anugerah TV Asia 2016 serta pemenang keseluruhan untuk Pertandingan Karakter ASEAN-Jepun 2016 untuk karya Origanimals.

Terbitkan animasi ori Netflix, Kazoops

Bukan itu sahaja, Giggle Garage juga telah menghasilkan siri animasi original Netflix yang bertajuk Kazoops. Rancangan animasi yang dikongsi terbit bersama Australia dan United Kingdom ini telah ditayangkan di 180 buah negara dalam 21 bahasa!

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah

Selain itu, rancangan animasi yang lain seperti Cam & Leon serta Boing The Play Ranger juga telah ditayangkan masing-masing di 42 dan 120 buah negara di seluruh dunia. Ini menjadikan Giggle Garage sebagai pembekal kandungan animasi yang besar ke seluruh dunia.

Kartun Terkenal Cam and Leon Rupanya Hasil Studio Animasi Anak Sabah

Studio animasi Giggle Garage ini kini telah mendapat status sebagai syarikat Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia iaitu status yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada syarikat yang membangunkan atau menggunakan teknologi multimedia dalam servis, perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.

Juhaidah ikon wanita dalam berani melangkah ke dunia animasi

Juhaidah juga telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Wanita (Digital) semasa Konvensyen Usahawan Wanita 2019. Jelas Juhaidah, pembabitannya dalam dunia animasi adalah satu pengorbanan dan cabaran yang besar.

Ini kerana bidang animasi adalah bidang kerja dengan persekitaran yang pantas dan waktu bekerja yang panjang. Kebiasaannya, kehidupan sedemikian tidak ideal untuk wanita yang mahu membina keluarga. Namun, beliau bertekad untuk keluar dari zon selesa dan menyeimbangkan kehidupannya.

Wah! Nampaknya bidang animasi digital di negara ini semakin berkembang rancak dan subur. Semoga Giggle Garage dan syarikat animasi yang lain di Malaysia semakin maju dan menjadi hub animasi untuk pasaran dunia.

Di Sarawak pula, video travel terbitan anak Sarawak sendiri ini telah merangkul beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Baca cerita selanjutnya ini :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy