fbpx
Cerita Borneo

Kecewa Lihat Sampah Dibuang Di Air Terjun Bengoh, Lelaki Ini Sekolahkan Para Pendaki

Tempat hiking yang tular baru-baru ini sudah mulai dicemari oleh sampah-sarap.

Kecewa Lihat Sampah Dibuang Di Air Terjun Bengoh, Lelaki Ini Sekolahkan Para Pendaki. Tempat yang indah sepatutnya dijaga oleh sesiapa sahaja yang mengunjungi kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika kawasan tersebut merupakan kawasan semula jadi yang pada asalnya bebas dari sebarang pencemaran.

Namun, masih ada rupanya sikap segelintir masyarakat yang diibaratkan seperti ‘kera masuk ke hutan’. Pantang nampak tempat cantik, terus tinggalkan ‘bekas’ di situ.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah meluahkan kekecewaannya di laman Facebook apabila lokasi hiking yang tular baru-baru ini dicemari oleh sampah sarap.

Buang sampah di air terjun Bengoh

Menerusi kiriman John Moris Kevin, beliau ternyata kecewa dengan sikap segelintir pendaki yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati di kawasan pendakian. Apatah lagi kawasan tersebut sebelum ini jarang dikunjungi oleh orang ramai.

Beliau menceritakan semula pengalaman yang dialami oleh rakannya yang baru kembali dari mendaki ke kawasan air terjun Banjaran Bengoh.

1st of all those yg hiking, doesnt matter baru nak up or dh level tuhan hiking, have u ever heard this? * Sarawak Eco…

Posted by John Moris Kevin on Monday, July 13, 2020

Disindir kerana tegur buang sampah di tempat yang tak sepatutnya

Jelas John, rakannya kebetulan terlihat seorang wanita meninggalkan bekas makanannya di kawasan air terjun tersebut setelah menikmati makanan tengah hari. Namun, wanita tersebut tidak membawanya pulang untuk dibuang di tempat yang sepatutnya.

Kecewa Lihat Sampah Dibuang Di Air Terjun Bengoh, Lelaki Ini Sekolahkan Para Pendaki
Kecewa Lihat Sampah Dibuang Di Air Terjun Bengoh, Lelaki Ini Sekolahkan Para Pendaki
Sumber : FB John Moris Kevin

Perbuatan tersebut ditegur oleh rakan John yang kebetulan lalu di kawasan itu. Walau bagaimanapun, wanita itu berasa tersinggung lantas bertindak menyindir rakan John semula.

Kecewa Lihat Sampah Dibuang Di Air Terjun Bengoh, Lelaki Ini Sekolahkan Para Pendaki
Sumber : FB John Moris Kevin

Tindakan wanita itu disifatkan tidak wajar kerana membuang sampah di tempat yang betul adalah common sense. Sekiranya anda ditegur membuang sampah di kawasan semulajadi, adakah anda akan mengutipnya kembali atau terus membiarkan sampah tersebut membusuk? Pastinya anda mengutip sampah tersebut, kan?

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan air terjun Pe’an, Kampung Sting, Bau.

Kecewa Lihat Sampah Dibuang Di Air Terjun Bengoh, Lelaki Ini Sekolahkan Para Pendaki
Air terjun Pe’an, Kampung Sting, Bau
Sumber : FB John Moris Kevin

Aktiviti plogging, mendaki sambil kutip sampah

Di Kuching, terdapat beberapa kumpulan yang melakukan aktiviti plogging iaitu mendaki sambil mengutip sampah yang dibuang oleh orang ramai sepanjang laluan di lokasi mendaki. Antaranya seperti Sarawak Eco Warrior, Trash Hero, BJV, KXVC, KKAS serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pendaki harus ada kesedaran jaga kebersihan alam sekitar, tak kira beginner mahu pun sudah mahir

Walau pun terdapat kumpulan yang sanggup melakukan plogging sejauh berpuluh-puluh kilometer untuk mengembalikan keindahan lokasi berkenaan, para pendaki sama ada pendaki pemula atau pendaki yang telah mahir harus mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab tentang perkara seperti ini.

Walau pun tidak berada di sana semasa kejadian, lelaki ini berasa sangat kecewa dengan sikap wanita tersebut. Tambahnya lagi, masih ramai yang ingin menikmati keindahan kawasan tersebut namun dirosakkan pula oleh pemandangan serta sikap pendaki seperti ini.

Pada akhir kiriman, beliau mengingatkan para pendaki, pengunjung serta dirinya sendiri agar tidak meninggalkan apa-apa selain tapak kaki, dan tidak mengambil apa-apa selain memori anda mendaki di sana. Bak kata pepatah Mat Salleh, take nothing but memories, leave nothing but footprints.

Jaga kebersihan alam sekitar, gais!

Inilah Banjaran Bengoh yang tular tempoh hari. Air terjun Pe’an boleh anda temui di sini :

Sumber
FB John Moris Kevin

Artikel Berkaitan

Back to top button