fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Kecoh Kemunculan ‘Garisan Merah’ Di Jambatan Satok, Ini Sebab Garisan Ini Dibuat

Kedung BK Oleh Kedung BK
5 Jun 2020
Kecoh Kemunculan 'Garisan Merah' Di Jambatan Satok, Ini Sebab Garisan Ini Dibuat
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

“Apahal tiba-tiba ada garisan merah tok?”

Kecoh Kemunculan ‘Garisan Merah’ Di Jambatan Satok, Ini Sebab Garisan Ini Dibuat. Baru-baru ini, penduduk Kuching kecoh dengan kemunculan garisan merah di jambatan Satok. Ada yang memahami fungsi garisan terbabit manakala segelintir bersoal mengapa garisan itu tiba-tiba dibuat.

Untuk menjawabkan persoalan itu, seorang pengguna Facebook memuatnaik beberapa video menunjukkan kesan jika garisan itu tidak dibuat atas jalan.

Kecoh Kemunculan 'Garisan Merah' Di Jambatan Satok, Ini Sebab Garisan Ini Dibuat
Kecoh Kemunculan ‘Garisan Merah’ Di Jambatan Satok, Ini Sebab Garisan Ini Dibuat

Sebagai Langkah Keselamatan

Post yang sudah dikongsi sebanyak 124 kali semasa penulisan itu menunjukkan 2 video dirakam oleh individu-individu berlainan dan sekeping gambar menunjukkan berikutan kemalangan sebagai penjelasan lanjut.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Anda boleh lihat video-video tersebut disini:

Difahamkan, garisan merah tersebut dibuat sebagai langkah keselamatan agar kemungkinan kemalangan dikurangkan.

Garisan itu, atau secara rasminya digelar Transverse Rumble Strips (TRS) dibuat sebagai amaran kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan panas tersebut.

Malah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mengeluarkan press statement rasmi untuk menjelaskan pengunaan TRS dengan lebih lanjut.

“Jambatan Satok yang menuju ke Pasar Kuching adalah kawasan bintik hitam dan ia berada di kawasan bergolek dan berselekoh. Untuk langkah keselamatan, JKR telah memasang TRS di Jambatan Satok untuk memberi amaran kepada pemandu kenderaan agar memperlahankan kenderaan dan meningkatkan kesedaran pemandu.”

Tambah lagi, TRS berfungsi untuk membantu pemandu untuk berwaspada melalui kesan optikal, vibrasi dan dapat didengar agar menggalakkan pemandu untuk memperlahankan kenderaan dan meningkatkan kesedaran agar berwaspada terhadap sebarang bahaya di hadapan.

Diharapkan penjelasan ini menjawabkan persoalan-persoalan anda. Pandu dengan cermat, ya?

SUMBER : JKR Sarawak
Share275Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy