fbpx
Cerita Borneo

Kedai Makan Di Kuching Bertindak Ingkar, Terus Saji Makanan Kepada Pelanggan

Selagik Belom Kenak, Selagik Ya Sik Jerak

Kedai Makan Di Kuching Bertindak Ingkar, Terus Saji Makanan Kepada Pelanggan. Memasuki hari pertama perintah kawalan pergerakan, kesemua premis perniagaan serta pejabat yang tidak termasuk dalam servis asas (essential services) adalah dilarang untuk dibuka. Pembukaan restoran atau kedai-kedai makan pula perlulah menyediakan khidmat penghantaran atau ‘take-away’ sahaja. Ini kerana sebarang aktiviti makan dan minum di kedai makan sepanjang 14 hari ini adalah dilarang sama sekali.

Namun demikian, belum sampai 24 jam perintah ini berkuatkuasa, terdapat kedai dan gerai makanan di Kuching yang masih ingkar dan tetap menjalankan operasi seperti biasa. Tinjauan di laman sosial mendapati para pelanggan dengan tenang menjamu selera walaupun mengetahui risiko yang dihadapi sekiranya tidak mematuhi perintah tersebut.

Kredit : FB We Are Malaysian
Kredit : FB We Are Malaysian
Kedai Makan Di Kuching Bertindak Ingkar, Terus Saji Makanan Kepada Pelanggan
Kredit : FB We Are Malaysian
Kedai Makan Di Kuching Bertindak Ingkar, Terus Saji Makanan Kepada Pelanggan
Kredit : FB We Are Malaysian

Datuk Bandar Kuching Terpaksa Turun Padang

Susulan itu, situasi ingkar ini telah menyebabkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Wee Hong Sheng, untuk turun padang sendiri dan memberi amaran kepada peniaga serta pelanggan yang tidak mengendahkan perintah kawalan pergerakan tersebut. Menerusi postingan di laman sosial beliau, sekiranya perkara ini berlarutan sehingga esok, pihak MBKS tidak akan teragak-agak untuk menutup pusat penjaja yang berada di bawah seliaan MBKS sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Kedai Makan Di Kuching Bertindak Ingkar, Terus Saji Makanan Kepada Pelanggan
Kedai Makan Di Kuching Bertindak Ingkar, Terus Saji Makanan Kepada Pelanggan
Kedai Makan Di Kuching Bertindak Ingkar, Terus Saji Makanan Kepada Pelanggan
Kedai Makan Di Kuching Bertindak Ingkar, Terus Saji Makanan Kepada Pelanggan

Situasi di Lebuh India Turut Mengecewakan

Dalam perkembangan lain, Ketua Balai Polis Sentral ASP Ahmad Abang telah menjalankan pemantauan di sekitar Bandaraya Kuching pagi tadi dan turut memberi amaran serta menyuruh para peniaga menutup perniagaan mereka sepanjang perintah kawalan pergerakan. Situasi di Lebuh India sedikit mengecewakan kerana masih terdapat peniaga non-essential seperti kedai fabrik dan pakaian yang masih membuka perniagaan hari ini.

Pemantauan pematuhan Peraturan Kawalan Pergerakan di Bandar Raya Kuching bersama Ketua Balai Polis Sentral ASP Ahmad Abang.

Posted by Utusan Borneo Online on Tuesday, March 17, 2020

Sekiranya rakyat kita masih gagal mematuhi perintah larangan seperti ini, tidak mustahil pelaksanaan kawalan yang lebih ketat akan dikuatkuasakan selepas ini. Tindakan mementingkan diri ini hanya akan membahayakan nyawa individu lain yang telah berusaha sedaya upaya menghindari jangkitan wabak ini. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Artikel Berkaitan

Back to top button