fbpx
Cerita Borneo

Keluar Berdua Masa PKP 4 ? Sarawak Akhirnya Ikut Keputusan Kerajaan Pusat

Keputusan itu dibuat berdasarkan kelonggaran baharu yang dibuat kerajaan pusat

Keluar Berdua Masa PKP 4 ? Sarawak Akhirnya Ikut Keputusan Kerajaan Pusat. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak hari ini, Sarawak membenarkan ketua keluarga membawa seorang lagi ahli keluarga dalam sebuah kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Ungah Embas, keputusan itu dibuat berdasarkan kelonggaran baharu yang dibuat oleh kerajaan pusat sebelum ini.

“Mulai hari ini, Sarawak akan mengikut peraturan yang telah dibuat kerajaan persekutuan baru ini.

“Kita sekarang akan membenarkan dua orang ahli keluarga keluar dalam sebuah kenderaan untuk tujuan membeli makanan, ubat-ubatan, keperluan harian serta keperluan lain dari mana-mana penyedia perkhidmatan penting atau untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan.

“Namun kita tegaskan tidak boleh lebih dari dua orang di dalam sebuah kereta,” – Datuk Amar Douglas Unggah

Malaysia diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac

Sejak 18 Mac yang lalu, Malaysia telah diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan pandemik yang setakat ini mengorbankan 100 orang di Malaysia, dan 16 orang di Sarawak. Menurut kenyataan KKM beberapa hari yang lalu, kita kini berjaya dalam melengkungkan penularan, dan kadar kesembuhan juga agak tinggi dengah lebih 60% mereka yang positif kini sembuh.

Baca Lagi Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close