fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Kematian Akibat COVID19 Kini 21 Orang, 2 Kes Terbaru Dalam 14 Jam

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan mengesahkan perkara tersebut

Kematian Akibat COVID19 Kini 21 Orang, 2 Kes Terbaru Dalam 14 Jam. 2 kes kematian terbaru melibatkan kluster tabligh dicatatkan dalam masa 14 jam. Ini menjadikan angka keseluruhan kematian akibat COVID19 kepada 21 orang setakat ini.

Kematian Akibat COVID19 Kini 21 Orang, 2 Kes Terbaru Dalam 14 Jam
Kematian Akibat COVID19 Kini 21 Orang, 2 Kes Terbaru Dalam 14 Jam

Kes kematian ke 20 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun

Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

Kes kematian ke 21 merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun

Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

1796 Kes Positif COVID19 di Malaysia setakat ini

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 1796 kes positif COVID19 dengan 199 pesakit telah sembuh,45 di ICU dan 21 kematian. Perintah Kawalan Pergerakan juga telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020

Artikel Berkaitan

Back to top button