fbpx
Cerita Borneo

Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Syarikat Terkenal

*Artikel Ini Dikemaskini

Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Syarikat Terkenal Dari Jepun. Seorang pengguna Facebook memuat naik sebuah kisah tentang seorang gadis bernama Riana dan menceritakan perjalanannya dari seorang pelajar dari sebuah sekolah yang uzur di Kampung Bongkol, Pitas sehingga menjadi seorang penterjemah dan perantara di sebuah syarikat multinasional terkenal dari Jepun di Kuala Lumpur.

Kisah tersebut telah meraihkan kekaguman netizen terhadap ketekunan Riana yang asal usulnya dari serba kekurangan tetapi berjaya merealisasikan impiannya.

Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Syarikat Terkenal Dari Jepun

Berasal dari Kampung Bongkol, Pitas, Sabah

Menurut Azhar Othman, penulis ciapan tersebut, beliau menceritakan kisah Riana atas desakan sahabat-sahabatnya yang hendak mengambil tahu lebih lanjut lagi tentang kisah gadis itu.

Kisah tersebut bermula dengan pengenalan Riana, seorang gadis dari Kampung Bongkol, Pitas, Sabah. Beliau dibesar dan bersekolah di kampung tersebut. Daerah tersebut antara daerah yang termiskin, terpencil dan tersisih dari arus pembangunan di Sabah.

Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Sekolah Riana pada waktu Azhar ziarahi ke sana pada tahun 2011. Ternyata pada waktu itu SMK Bongkol uzur dan tidak selamat untuk pelajar. Kredit: Facebook

Riana bersekolah di SMK Bongkol yang dikatakan uzur dan “tidak selamat untuk didiami.” Azhar berkenal dengan Riana pada kali pertama ketika Program Motivasi Pelajar Cemerlang yang dianjurkan oleh pihak beliau pada tahun 2011.

Walaupun gadis itu serba kekurangan bukan di sekolah malah di rumah juga, Riana berjaya dapatkan keputusan cemerlang untuk PMR beliau pada tahun 2010. Walaupun beliau dapat 7A, pemohonan beliau untuk melanjutkan pelajaran di MRSM Kuching ditolak dan beliau terpaksa meneruskan pelajarannya di SMK Bongkol.

Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Kali pertama Azhar dan Riana berjumpa ialah semasa sebuah program motivasi yang dianjurkan oleh pihak beliau di SMK Bongkol pada tahun 2011. Kredit: Facebook

Penemuan pertama tersebut memberi impak kepada Azhar yang beranggap Riana ialah “seorang yang istimewa, permata yang perlu digilap untuk menjadi intan yang berkilau menerangi alam”. Oleh itu, beliau bersama rakan-rakannya berazam untuk membantu Riana mencapai cita-citanya.

Atas kerjasama PEKEMA, Riana berjaya diterima masuk ke SM Sains Sabah pada tahun 2011.

Terpaksa bersaing dengan rakan-rakan lain

Seorang yang pendiam dan pemalu, Riana berhadapan pelbagai cabaran untuk menyesuaikan diri di tempat baharu. Lagi-lagi itu lah pengalaman kali pertama beliau dipisahkan dari keluarga.

Beliau sukar menyesuaikan diri di sekolah itu dan harus bersaing dengan rakan-rakan lain yang juga pandai di sebuah sekolah aliran Sains.

Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Riana ketika beliau masih di bangku sekolah SM Sains Sabah. Kredit: Facebook

Dikatakan juga terdapat guru beliau sendiri tidak yakin dengan Riana kerana berpendapat suasana di tempat baru ini sangat mencabarkan untuk beliau.

Berkat usaha, keyakinan diri dan bantuan beberapa pihak, beliau berjaya mendapatkan keputusan 9A termasuk 5A1 dalam subjek Sains dan Matematik untuk peperiksaan SPM beliau.

Berimpi untuk dapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara termakbul

Riana memang bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara dan sanggup menolak beberapa tawaran dari IPT tempatan. Ternyata risiko yang diambil Riana berbaloi apabila beliau ditawarkan biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan dalam bidang Kejuruteraan Kimia!

Bagi bersediakan diri sebelum pergi ke tanah asing, beliau dikehendaki menjalani kursus persediaan Bahasa Korea terlebih dahulu di INTEC, Shah Alam. Beliau bersama-sama ramai pelajar lain yang kebanyakannya dari Semenanjung Malaysia turut menjalani kursus tersebut dan mendalami bahasa dan budaya Korea Selatan.

Buat pertama kali mengalami cara kehidupan di sebuah kota metropolitan

Pada Februari 2014, Riana akhirnya menjejak kaki di bumi Korea Selatan buat kali pertama. Di sini juga beliau belajar cara kehidupan warga metropolitan serta budaya tradisional yang bersimpul dengan cara hidup moden melalui interaksi dengan kawan-kawan, pembacaan dan pengembaraan.

Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Riana ketika belajar di Korea Selatan. Kredit: Facebook

Perjalanan Riana masih belum selesai; beliau masih perlu bersaing dengan pelajar tempatan dan antarabangsa semasa belajar.

Namun, Riana defied all odds sekali lagi apabila beliau berjaya meraih anugerah Dekan beberapa kali atas kecemerlangan beliau.

Sebahagian daripada insentif kewangan yang diberikan digunakan untuk pulang ke Sabah bagi menziarahi keluarganya setiap tahun.

Kini bekerja di sebuah syarikat multinasional terkenal dari Jepun di KL

Riana menghabiskan pengajiannya pada tahun 2018 dan menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Kini, beliau bekerja di sebuah syarikat multinasional terkenal dari Jepun di Kuala Lumpur sebagai penterjemah dan perantara untuk tujuan mengembangkan pasaran produk syarikat berkenaan di Korea Selatan.

Azhar menambah lagi, Riana sekarang memang berbeza dari segi penampilan berbanding dengan kali pertama mereka berdua berkenal 6 tahun yang lalu namun Riana tetap ‘Sumandak Rungus’ di mata mereka.

Ujarnya lagi, hasil daripada perbualan mereka telah membuat Azhar berpendapat sikap Riana merupakan antara faktor kejayaan gadis itu.

Seorang yang merendahkan diri, Riana juga dipuji sebagai seorang yang bersopan santun dan tidak lalai dengan pengaruh kemodenan. Selain itu, beliau juga berdedikasi, rajin dan fokus kepada keinginan tinggi untuk berjaya dan membantu keluarganya keluar dari belenggu kemiskinan.

Tambahnya lagi, Riana juga patuh kepada agama dan faham akan nilai-nilai ketimuran dan batas-batas pergaulan.

Azhar juga berkata banyak pihak yakin dengan kemampuan beliau sehingga Riana diberi bantuan samada dari segi kewangan, keperluan fizikal dan sokongan moral.

Inspirasi kepada anak-anak muda

Azhar mengakhiri ciapan beliau dengan berkata Riana kini bersedia untuk memberi inspirasi kepada adik-adik pelajar yang ingin mencapai impian mereka dan berharap kisah Riana boleh menjadi inspirasi kepada semua.

Bak kata Azhar, jangan jadikan kemiskinan alasan untuk gagal. Jadikan ia sebagai satu pemangkin untuk membina impian sehingga menjadi kenyataan.

Rata-rata netizen kagum dengan usaha Riana dan berterima kasih dengan pihak yang yakin dengan kemampuan Riana untuk pergi jauh.

Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Kredit: Facebook
Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Kredit: Facebook
Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Kredit: Facebook
Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Korea Sebagai Penterjemah
Kredit: Facebook

Walaupun Riana diberi bantuan untuk pergi jauh, Riana tidak juga akan dapat peluang tersebut jika beliau sendiri tidak menunjukan usaha. Syabas kepada Riana atas kejayaan beliau dalam mencapai cita-citanya dan semoga perjalanan beliau ke arah kecemerlangan dijadikan inspirasi untuk semua.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Seorang lagi gadis dari pedalaman Sabah pun raihkan keputusan baik dalam peperiksaan:

Artikel Berkaitan

Back to top button