fbpx
Cerita Borneo

Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo Yang Pasti Menggamit Selera Anda

Kalau jumpa durian durian ini di pasar tamu, jangan lupa cuba!

Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo Yang Pasti Menggamit Selera Anda. Durian hutan pastinya merupakan durian yang istimewa di Sabah dan Sarawak. Walaupun tidak terkenal seperti musang king dan sebagainya, ianya tetap menjadi kegemaran penduduk setempat.

Jom kenali 5 jenis durian ini!

1. Durian Pakan

Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo Yang Pasti Menggamit Selera Anda

Durian Pakan mempunyai isi yang berwarna jingga dan kulitnya pula berwarna Kuning-Jingga. Dikatakan juga, permukaan kulit durian ini adalah lebih lembut dan durinya pula lebih pendek.

Rasanya pula manis.

2. Durian Isi Merah

Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo Yang Pasti Menggamit Selera Anda

Durian Merah atau nama tempatannya di Sabah adalah “Marahang / Maraang”, ianya disebut Durian Merah kerana isinya berwarna merah. Rasa isinya tidaklah sama dengan durian-durian lain iaitu manis tetapi rasa isinya lemak.

Kebiasaannya isi durian merah ini dimakan begitu sahaja atau dimasak bubur bersama nasi atau dibuat tempoyak serta rasanya memang unik, sedap dan lain dari yabg lain.

Buah ini bermusim dan hanya berbuah sekali dalam setahun dan kebiasaan musimnya adalah pada bulan September hingga Oktober.

3. Durian Kura Kura

Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo Yang Pasti Menggamit Selera Anda

Pokok ini adalah berbeza dengan pokok durian yang lain dari segi buahnya tumbuh di perdu (atau bahagian bawah batang pokok). Ia tidak memiliki bau yang kuat. Dikatakan juga isinya berwarna kuning dan rasanya kurang manis berbanding durian durian yang lain.

4. Durian Isu

Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo Yang Pasti Menggamit Selera Anda

Durian isu ni lebih kurang macam durian biasa yang kita selalu makan, cuma durinya lebih panjang dan saiznya juga lebih kecil dari biasa. Baunya pun tidaklah sekuat bau durian biasa. Rasanya pula harum dan seakan akan ada ‘gas’.

Antara 4 jenis durian ini, anda suka yang mana satu? Ha, jangan lupa share durian kegemaran anda!

Jom Baca Resepi Menarik :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close