fbpx
Cerita Borneo

Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching

Jum kita mengimbas kembali tempat-tempat nostalgia di Kuching! Vivacity? The Spring? No, man. We had…

Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching. Wisma Hopoh, Wisma Saberkas, Wisma Satok, India Street, dan Electra House merupakan antara kompleks beli belah yang sering dikunjungi oleh warga Kuching pada suatu ketika dahulu. Tambah lagi tempat-tempat legend seperti Kuching Plaza (KP) dan Medan Pelita (Alakat). Walaupun ada yang sudah tutup premisnya, ada juga yang masih beroperasi hingga ke hari ini. Juh kita nangga apa yang best pasal tempat-tempat legend Kuching tok.

Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching

Wisma Saberkas

Wisma Saberkas kini dikenali sebagai pusat membeli belah IT namun ia pernah menempatkan sebuah jamming studio dan juga sebuah department store. Mungkin ada yang masih ingat nama Les Paul Studio yang selalu mempunyai remaja-remaja berebut untuk menempah slot untuk jamming bersama rakan-rakan mereka, ataupun Ngiu Kee, iaitu sebuah kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai produk dari pakaian ke produk bayi dan juga kasut.

Pada masa ini, Wisma Saberkas berfungsi sebagai pusat membeli-belah IT yang menawarkan telefon bimbit, laptop dan produk yang serupa.

Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
Kedai Serbaneka Ngiu Kee Yang Pernah Jadi Salah Satu Kunjungan Utama Para Pelanggan di Wisma Saberkas
Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
Kedai Makan Segera ‘All Joy’ Masih Beroperasi Sehingga Ke Hari Ini. Kredit: getteaspoon.com
Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
Les Paul Jamming Studio Was Our Imaginary Concert Performances

Wisma Satok

Pada zaman 90an dan awal 2000an, pusat membeli belah ini sering dikunjung sebab ia menyediakan perkhidmatan printing. Oleh itu, a common crowd yang akan datang ke Wisma Satok terdiri daripada remaja sekolah dan student IPT. Cybercafe ada juak kebaikannya ok? Selain itu, pusat ini juga dikunjung oleh gamer-gamer yang teringin beli game-game terbaharu pada zaman itu. Kini, Wisma Satok masih beroperasi dan dikunjungi oleh warga-warga Kuching.

Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
You Either Print or Play at the CC

Wisma Hopoh

Geng Ora Et Labora dan Amare Et Servire memang selalu lepak sitok. Tapi selain pelajar-pelajar St. Joseph dan St. Teresa, kebanyakkan warga Kuching banyak mengunjung Wisma Hopoh kerana ia merupakan tempat yang paling senang untuk membeli kasut dan barang sukan. Selain itu, cybercafe dan tempat untuk bermain Playstation juga turut menjadi sebab orang suka mengunjung pusat membeli belah ini.

Kini, Wisma Hopoh masih menjadi kunjungan ramai terutamanya masa musim perayaan dengan adanya jualan-jualan kasut dan pakaian yang didiskaun.

Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
Wisma Hopoh Yang Kini Masih Beroperasi
Me When I Get New Shoes From Lea Centre

India Street dan Electra House

Yay! Yay! Hari, hari baju baru! Macam familiar tak phrase ini? Kita sudah tahu di mana geng kita dari St. Joseph dan St. Teresa selalu lepak dulu, as for our Aim Higher and Ecce, Ancilla, Domini friends, kalau jalan di kawasan India Street dan Electra House, memang tentu akan terserempak dengan pelajar-pelajar St. Thomas dan St. Mary. Selain mereka, warga Kuching suka berkunjung ke India Street untuk produk tekstil serta rempah yang dijual di sana.

Bagi Electra House, dalam zaman kegemilangannya, ramai orang dari seluruh bandaraya Kuching dan luar bandar akan berkunjung pusat membeli belah ini. Another fact to mention is Electra House merupakan satu-satunya pusat membeli belah pada masa 60-an dan 70-an. Bangunan bersejarah ini terletak berhampiran hab pengangkutan awam yang pertama di Kuching. Warga Kuching serta pelawat dari luar bandar akan datang ke Electra House dengan menggunakan pengangkutan awam semata-mata untuk membeli barang ataupun melepak bersama kawan.

Kini, Electra House dikunjungi untuk kedai-kedai fabrik, kedai elektronik, kedai alat-alat, kedai peralatan sukan, tukang emas, tukang jahit, saloon dan kedai perdagangan lain.

Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
India Street Yang Kini Masih Berwarna Warni
Selain Tekstile, India Street Juga Dikunjungi Untuk Kedai-Kedai Yang Menjual Rempah Sebegini
Electra House Yang Masih Beroperasi Sehingga Ke Hari Ini

Hock Lee Centre

If your school did their Hari Sukan at Padang Jubli, then you know where you will spend your lunch break.

Hock Lee Centre merupakan satu pusat beli belah yang juga selalu dikunjung oleh warga Kuching, terutamanya pelajar yang sedang berehat pada waktu tengah hari pada masa hari sukan mereka. Selain food court yang ada pada masa itu, turut ada ialah sebuah arkad. Fuhhh, sanggup student dolok berjalan kaki dari Padang Jubli semata-mata mok main kat arkad ya. Malangnya, pusat membeli-belah ini sudah seperti ghost town dengan penutupan majoriti kedai dan juga arked itu. Difahamkan sekarang terdapat kebangkitan semula tempat itu, dengan kedai-kedai baru dibuka di kawasan luar Hock Lee Centre.

Perhaps they should just open another arcade, just kidding!

Hock Lee Centre Semasa Glory Days

Salah Satu Tarikan Utama Hock Lee Centre. Kredit: worldofdidi.blogspot.com
Juga Salah Satu Tarikan Utama Hock Lee Centre ialah Lepo Music, iaitu Antara Kedai Musik Yang Terkenal di Kuching. Lepo Music Masih Beroperasi di Hock Lee Centre Sehingga Ke Hari Ini.

Medan Pelita @ Ala Carte

Ala Carte, atau lebih dikenali dengan nama manja atau pasarnya, Alakat, merupakan sebuah pusat membeli belah yang mempunyai sebahagian besar dalam kenangan remaja Kuching. Selain menjadi kawasan melepak, Alakat juga mempunyai pawagam tersendiri iaitu Star Cineplex. Bukan seperti sekarang di mana harga-harga tiket wayang mencecah berpuluh ringgit, Star Cineplex menawarkan harga tiket wayang yang jauh murah (RM8 pun jadi). Oleh itu, banyak remaja suka berkunjung Alakat semata-mata untuk menonton wayang dengan harga tiket murah dan mesra bajet. Cukup masa, lepak lagi dengan member kat Waterfront (or the other way around). Malangnya, Star Cineplex beroperasi kali terakhir pada 2016.

Apa yang pernah menjadi tempat yang selalu dikunjungi oleh para pemuda kini sudah menjadi tempat yang sunyi. Those were the times!

Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
I Will Follow You
Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching
Star Cineplex

Kuching Plaza (KP)

Tapi antara semua tempat-tempat legend, siapa sikkan lupa Kuching Plaza aka KP. Yes, you heard me.

Walaupun KP tidak mempunyai sebanyak kedai membeli barang seperti pusat-pusat membeli belah lain, ia terkenal dengan pelbagai tempat yang menyediakan aktiviti-aktiviti best seperti snooker dan jamming studio (Studio 11). Antara tarikan juga ialah kedai skate (Rupert) dan pada hari minggu, KP akan dipenuhi oleh warga Kuching yang balik dari gereja berdekatan. Di sini juga banyak pelajar-pelajar dari sekolah berhampiran selalu lepak.

Tidak seperti pusat membeli belah yang lain, KP pun sudah lama menutup tirai dan telah diubahsuai menjadi Aurora Plaza. Long gone, but forever remembered!

Classic

Mesti ada lagi tempat-tempat nostalgia yang belum diberi shout out ni. Sine gik kitakorang selalu lepak dolok? Jangan lupa share kepada kami okay?

Artikel Berkaitan

Back to top button