fbpx
Cerita Borneo

Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah

Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah. Asal mok masuk musim sekolah, ibu bapa dah start beli barang sekolah pakai anak-anak sidak. Dari uniform sekolah sehingga ke beg sekolah, termasuk juga kasut sekolah. Part membeli kasut sekolah tok ada juak memilih sikit, siapa sikmok berstail kan? Kenalilah jenama kasut yang sering diguna untuk sekolah!

Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah
Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah

Pallas Jazz

Jenama kasut ini antara jenama yang beloved oleh warga Malaysia. Selain dari kasut sekolah, Pallas Jazz juga menawarkan kasut untuk dewasa seperti sneakers dan sandals.

Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah
Antara Style Kasut Yang Ditawarkan Oleh Jenama Pallas Jazz Untuk Dewasa Dan Remaja

All America

Bagi mereka yang tidak mampu untuk membeli kasut berjenama Converse, jenama All Star turut menjadi pilihan alternatif. Janji ada bintang, kan? Hehe!

Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah
Kasut Sekolah Jenama All America
Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah
Kasut Sekolah All America Yang Berwarna Hitam Sebagai Kasut Alternatif Sekolah (Bagi Mereka Yang Berjawatan Pengawas Dulu) Kini, Semua Pelajar Dibenarkan Untuk Menggunakan Kasut Hitam Ke Sekolah

North Star

North Star merupakan sebuah sub-jenama Bata, juga sebuah jenama kasut sekolah yang selalu digunakan. Tidak seperti Bata, North Star lebih kepada gaya sneakers seperti Converse. Kalau bukan All America, kemungkinan besar sneakers yang digunakan oleh pelajar adalah daripada jenama North Star.

Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah
Sneakers Jenama North Star
North Star Juga Menawarkan Sneakers Hi-Top

Warrior

Jenama Warrior ini ialah jenama pengeluaran China. Jenama kasut ini amat popular di antara pemain sepak takraw masa zaman sekolah sebab ia merupakan sebuah kasut yang tahan lasak dan tidak mudah koyak. The best part is, kasut ini murah! Betul-betul value buy.

Kasut Jenama Warrior Yang Selalu Diguna Oleh Pemain Sepak Takraw
Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah
Sneakers Yang Ditawarkan Oleh Jenama Warrior

Line 7

Selain kasut sekolah, jenama Line 7 juga menawarkan kasut sukan yang merangkumi dari kasut bola sehingga ke running shoes. Kasut jenama Line 7 boleh di recognised dengan adanya garisan 7 dijahit kat tepi kasut.

Jahitan Jalur 7 Yang Iconic
Running Shoes Yang Ditawarkan Oleh Jenama Line Seven

Sparx

Sama seperti jenama North Star, Sparx merupakan sub-jenama Bata. Biasanya, ibu bapa akan membeli kasut sekolah jenama ini untuk anak-anak mereka yang baru bermula alam persekolahan. (Zaman sekolah rendah tau ada jak pakai kasut sekolah jenama tok. Hehe)

Junior Steps
Kasut Jenama Sparx Yang Berwarna Hitam

All Star (Converse)

Dolok, sesiapa yang pakai kasut sneakers jenama Converse sebagai kasut sekolah memang kena cop orang berada. Dolokkk laaa… Hehe.

Jenama kasut keluaran Amerika ini famous dengan kasut yang bergaya sneakers. Bukan sahaja tertakluk kepada kasut sekolah, ia juga diguna sebagai fesyen. Daripada kanak-kanak sehingga ke dewasa, Converse memang tidak dinafikan adalah sebuah jenama kasut yang popular.

Kasut Converse Berwarna Putih Yang Popular Digunakan Sebagai Kasut Sekolah
Sneakers Converse Kerap Digunakan Sebagai Fesyen Oleh Semua Tak Terkira Umur

Bata

Who can’t forget the classic?

Jenama Bata tidak dinafikan sebuah jenama yang amat popular di antara warga Malaysia. Kemungkinan besar, anda pun pernah menggunakan jenama kasut ini pada suatu ketika dahulu pada zaman sekolah.

Untuk pengetahuan anda, jenama Bata merupakan sebuah jenama pengeluaran Eropah. Ada suatu ketika sesiapa yang menggunakan kasut Bata juga dilabel sebagai orang yang berada (kedak kita dolok cop orang pakai Converse sebagai orang berada) dan sesiapa yang memiliki kasut Bata memang akan diiri hati oleh rakan sekolah yang lain kerana mereka tidak mampu untuk membeli kasut Bata.

Sekarang, kasut Bata dijual dengan harga yang berpatutan dan boleh dimiliki oleh siapa-siapa. Selain kasut sekolah, jenama Bata juga menawarkan kasut lain seperti kasut kerja formal, kasut bertumit tinggi, flats, dan sebagainya. Tidak dinafikan kasut Bata sangat selesa dan juga senang digaya.

B.First by Bata
Juga Boleh Didapati Dalam Warna Hitam
Kasut Formal Keluaran Jenama Bata
Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah
Heels Oleh Bata

Penguin @ Kasut Kung Fu

Bagi mereka yang malas nak ikat kasut, kasut ini memang sesuai. Selain murah, ia juga stylish kerana ia berlainan daripada yang lain. Siapa yang lebih suka gunakan kasut ini berbanding dengan kasut mainstream?

Kenali 9 Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk Sekolah
Kasut Kung Fu Bagi Mereka Yang Malas Nak Ikat Kasut

Antara semua jenama kasut di atas, yang mana dipakai kitak orang dolok? Atau ada lagi jenama lain yang kami missed out? Komen jenama-jenama kasut yang dipakai zaman sekolah dulu dan jangan lupa untuk share!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close