fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kenali Buaya Raksaksa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
21 Oktober 2020
Kenali Buaya Raksaksa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tahukah anda terdapat satu lagi kisah buaya raksaksa yang mengganas di satu kawasan di Sarawak suatu ketika dahulu?

Kenali Buaya Raksaksa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau. Semestinya ramai yang tahu tentang Sarawak yang terkenal dengan kisah sang buaya yang dahulunya mengganas di beberapa kawasan di Sarawak. Antara kisah sang buaya yang terkenal ialah mengenai buaya Bujang Senang, Bujang Sudin, Bujang Seblak dan juga banyak lagi gelaran sang buaya yang ramai rakyat Malaysia sudah tahu.

Kenali Buaya Raksaksa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau
Kenali Buaya Raksaksa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau. Kredit gambar: fb Borneo Oracle

Sang buaya Bujang Belawai yang dahulunya mengganas di Belawai

Namun ramai lagi yang tidak tahu tentang sang buaya Bujang Belawai yang dahulunya mengganas di Belawai Sarawak. Di Belawai, kisah buaya Bujang Belawai ini cukuplah terkenal kerana ianya bersaiz ‘raksaksa’ yang kali terakhirnya mengganas pada tahun 1982.

ADVERTISEMENT

Pada suatu ketika dahulu di sungai Belawai, terdapat seekor buaya yang mengganas dan ianya dikenali sebagai Bujang Belawai atau turut digelar sebagai ‘Raja Melanau’ oleh penduduk tempatan di sana. Buaya tersebut dipercayai oleh penduduk tempatan sebagai penjaga sungai Belawai.

Kenali Buaya Raksaksa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau

Aki Nugung telah dibaham

Kisah Bujang Belawai ini bermula apabila seorang penduduk yang tinggal di Kampung Sebayan yang bernama Aki Nugung telah dibaham olehnya pada tahun 1982. Aki Nugung yang merupakan seorang nelayan telah dijadikan santapan oleh Bujang Belawai setelah dia terjatuh ke dalam sungai akibat perahunya dilibas oleh ekor si ‘Raja Melanau’ itu. Akibat kejadian tersebut, buaya itu diburu kerana dianggap mengancam penduduk kampung.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Satu operasi telah digerakkan

Oleh hal demikian, si sang buaya pun diburu dan satu operasi telah digerakkan oleh Polis Maritim Sarawak. Kaedah menangkap buaya tersebut menggunakan pawang buaya telah gagal, maka operasi bersepadu secara besar-besaran pun telah digerakkan.

Setelah anggota maritim berjaya menjejak di mana buaya tersebut berada, mereka telah mengatur strategi yang sempurna dan berhati-hati untuk berhadapan dengan buaya raksaksa itu. Pada masa itulah, mereka bertindak menembak buaya yang telah membaham Aki Nugung dan seterusnya buaya tersebut dibom untuk mematikannya.

ADVERTISEMENT
Kenali Buaya Raksaksa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau

Beratnya yang melebihi 500 pound

Berdasarkan pautan akhbar yang dipamerjan di Jong Crocodile Farm Kuching, dipercayai bahawa Bujang Belawai berukuran sepanjang 15 kaki dan beratnya yang melebihi 500 pound atau 226.796 kilogram.

Dari situ sahaja kita boleh tahu betapa besarnya buaya ini dan ianya memang terbukti bahawa Bujang Belawai atau ‘Raja Melanau’ ini turut dikategorikan sebagai ‘raksaksa’ di Sarawak.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy