fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE masa kini

Nur Afifah by Nur Afifah
7 Oktober 2019
Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE masa kini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bukan Kapit Yer, K.I.P.U.T. Etnik KIPUT.

Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE masa kini
Pakaian Tradisional Suku Kaum Etnik Kiput. Kredit : FB Juliana Sambai Sibat

Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE masa kini. Sarawak mempunyai lebih daripada 40 suku kaum etnik pribumi. Kadang-kadang, ada di antaranya yang tidak pernah kita dengar atau jarang sekali kita jumpa dalam kalangan orang di sekeliling kita. Namun, kehadiran Juliana Sambai sebagai wakil Sarawak ke Pertandingan Miss World Malaysia 2019 mencuri perhatian terutamanya apabila mengetahui bahawa beliau merupakan gadis kacukan kaum Iban-Kiput.

Sampai ada yang menyangka bahawa ejaan Kiput ini adalah typo kepada ejaan nama tempat di Sarawak iaitu Kapit. Eii, jahatnya kamu!

ADVERTISEMENT

Tergolong Dalam Kumpulan Orang Ulu, Populasi Hanya Beberapa Ribu Orang Sahaja

Etnik Kiput atau Lakiput tergolong dalam kumpulan Orang Ulu. Orang Ulu merupakan satu terma yang diasaskan oleh Orang Ulu National Association (OUNA) bagi mengelaskan kumpulan etnik yang terlalu banyak di sesuatu daerah. Kumpulan Orang Ulu mempunyai beberapa lagi pecahan etnik seperti Kenyah, Penan, Kelabit, Lun Bawang dan berpuluh-puluh lagi. Berbalik kepada etnik Kiput, ia juga dikenali sebagai Lepo Pu’un yang bermaksud suku awal atau bangsa awal dalam bahasa Melayu.

View this post on Instagram

ORANG ULU IS NOT A RACE! . I think that there is a confusion regarding the word Orang Ulu. Many people don't really understand the true meaning and origins behind that word. . Do checkout my latest video to understand what Orang Ulu really is. Click the Link on my BIO. #orangulu #dayak #stidijakmeh

A post shared by The Asen Project (@moseslenjau) on May 18, 2019 at 4:51am PDT

Sehingga ke hari ini, data populasi daripada sumber pada tahun 2000 menyatakan bahawa etnik Kiput ini hanya berjumlah sekitar 2,000 orang dan kebanyakannya tinggal di sekitar pesisir Sungai Baram, Kuala Tutoh dan Lubok Nibong, Miri. Bahasa Kiput juga dikatakan hampir sama dengan bahasa Jati Miriek seperti etnik Kedayan, Narum dan Bakong dari segi kosa kata dan pertuturan.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Akan Lanjutkan PKP Dan PKPB Sehingga 14 Februari 2021

Tawaran Biasiswa Penuh Di Universiti Brunei Darussalam, Permohonan Dibuka Sekarang

Menurut sejarah lisan daripada generasi tua etnik Kiput ini juga, masyarakat ini berasal daripada bahagian tengah Kepulauan Borneo. Mereka juga merupakan orang yang terawal berhijrah dan membina penempatan di pesisir Sungai Baram. Bahkan, etnik Kiput ini dikatakan mempunyai perkaitan rapat dengan Kesultanan Brunei suatu ketika dahulu. Sebab itulah kebanyakan masyarakat Brunei yang tinggal di kawasan Belait dan Kiudang mempunyai persamaan sosio budaya dengan etnik ini.

ADVERTISEMENT

Kebanyakan Masyarakat Etnik Kiput Adalah Kristian dan Islam

Sebelum kedatangan pengaruh Kristian dan Islam ke Kepulauan Borneo, masyarakat Kiput ini mengamalkan amalan animisme (kepercayaan kepada kuasa alam) atau pun pagan. Namun, sekitar tahun 1920 an, kebanyakan mereka menganut agama Kristian dan juga Islam. Bagi masyarakat Kiput yang menganut agama Kristian, mereka masih tinggal di rumah panjang manakala bagi mereka yang beragama Islam, kebanyakan mereka menetap di kawasan perkampungan Melayu tradisional seperti di Kampung Benawa, Baram.

Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE masa kini
SK Kampung Benawa di Baram, berdekatan dengan Long Lama di Miri.

Masyarakat etnik Kiput ini melakukan pekerjaan yang lebih kurang sama dengan penduduk pribumi yang lain seperti menanam padi, menangkap ikan dan menjual hasil tangkapan mereka di Pasar Marudi. Namun, terdapat juga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mencari pekerjaan di luar kawasan Baram dan Marudi.

ADVERTISEMENT

Menjadi Sumber Rujukan Rajah Brooke Berkenaan Hal Ehwal Orang Ulu

Pada zaman pemerintahan Brooke, pemimpin kaum Kiput ini sering dijadikan sumber rujukan utama bagi pentadbir kerajaan pada masa itu kerana mereka merupakan masyarakat asal yang paling awal bermastautin di kawasan Marudi dan Baram serta mengetahui hal ehwal Orang Ulu serta selok belok kawasan di sekitarnya. Antara pemimpin kaum Kiput yang terkenal suatu ketika dahulu adalah Jok Pengiran, Tinggang Jok, Manak Dapat, Penghulu Lejau dan Orang Kaya Temenggong Lawai Lemayong.

Pakaian Tradisi Kiput Lebih Menyerlahkan Elemen Songket

Jika dilihat dengan teliti, pakaian tradisi etnik Kiput ini sedikit berbeza daripada etnik lain seperti Kenyah, Berawan dan Lun Bawang. Pakaian Kiput lebih menyerlahkan elemen tenunan songket yang unik selain dihiasi dengan pekah hiasan kepala (headgear), kelasang rantai, gelang, talai pinggang (tali pinggang) dan belao (telinga panjang). Lain dari yang lain!

Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE masa kini
Pakaian Kiput dengan penggunaan elemen songket yang digandingkan bersama aksesori hiasan. Kredit : IG @morinageorge.peng
Kredit : FB Juliana Sambai Sibat

Etnik Kiput ini diancam kepupusan kerana mereka kehilangan jumlah populasi yang besar dari tahun ke tahun atas faktor perpindahan golongan muda ke kawasan bandar untuk meneruskan kehidupan sekaligus menjadi penetap di luar kawasan Sarawak dan Malaysia amnya. Selain itu, komuniti ini juga memerlukan sokongan yang berterusan bagi mengekalkan keunikan tradisinya sebagai lambang identiti kaum Kiput.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Share63815Tweet64SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy