fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kenali Label Muzik Sarawak Pertama Cecah Lebih 10 Juta Tontonan Youtube

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
30 September 2019
Kenali Label Muzik Sarawak Pertama Cecah Lebih 10 Juta Tontonan Youtube
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kaban Music Production Adalah Yang Seumpamanya Cecah 10 Juta Tontonan Youtube

Label muzik di Sarawak adalah sesuatu yang underrated dan kurang dikenali oleh orang ramai, walaupun oleh orang tempatan di Sarawak sendiri. Namun, tanpa kita sedari, sebenarnya kita telah banyak mendengar lagu-lagu yang dihasilkan oleh syarikat rakaman ini sama ada di corong-corong radio atau pun di pusat karaoke atau mungkin di majlis keramaian. Contohnya seperti Bujang Sebuyau dan Pingabis Rindu. Ehh, mun didengar confirm tauk eh!

Kaban Music Production merupakan sebuah syarikat rakaman lagu-lagu bahasa tempatan (Iban dan Bidayuh) yang terbesar di Sarawak. Mereka mempunyai seramai 87.7 ribu pengikut di Youtube dan 27 ribu pengikut di laman Facebook. Sehingga kini, Kaban Music Production sudah mencecah lebih 10 juta tontonan keseluruhan video muzik dan lagu-lagu mereka di Youtube! Lagu-lagu mereka juga boleh didengari di platform muzik digital seperti Joox dan Kkbox. Selain itu, syarikat ini juga giat melakukan audition serta pencarian penyanyi-penyanyi dan penghibur baru di seluruh Sarawak.

ADVERTISEMENT

Lagu Debut 4 Bulan yang Lalu Kini Hampir Capai 1 Juta Tontonan!

Setakat ini, lagu yang paling popular keluaran Kaban Music Production ialah Nuan Berega di Mata Aku nyanyian Richard Lee. Jumlah tontonan di Youtube kini adalah sebanyak 921 ribu tontonan sejak ianya mula debut 4 bulan yang lalu. Ini boleh dikatakan pencapaian luar biasa bagi sebuah label muzik yang tidak bertapak di kota-kota metropolitan seperti Kuala Lumpur mahupun Los Angeles. Antara lagu lain yang tidak kurang hebatnya ialah Bujang Sebuyau nyanyian Shasha Julian yang kini sudah mencecah 2.7 juta tontonan di Youtube. Steady bala kaban!

Genre Lagu Iban Bidayuh Mudah Dikenali, Angkat Identiti Sarawak

Artis BBNU Malaysia, Aiman Tino membawakan lagu Bekikis Bulu Betis. Sumber : Youtube Thomas Anthony

Kita sebagai rakyat Sarawak tentu sudah biasa dengan irama lagu Iban Bidayuh kerana iramanya mudah untuk dikenali. Selain itu, lagu genre ini juga biasa dinyanyikan semasa karaoke atau pun semasa majlis keramaian kerana ciri-ciri lagunya yang catchy dan sing along. Lama-kelamaan, lagu-lagu ini mula mencerminkan identiti Sarawak terutamanya apabila rakyat berbilang kaum di negeri ini dapat menyanyikan lagu genre Iban Bidayuh bersama-sama. Yang lebih best nya lagi, orang Semenanjung pun kini sudah mula mengenali lagu-lagu genre Iban Bidayuh terutamanya lagu legend, Bekikis Bulu Betis dan Kerimpak Kaca Lauya.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Lagu genre Iban Bidayuh apa yang paling anda suka? Jangan lupa like dan share post ini serta kongsikan lagu kesukaan di ruangan komen.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Share2585Tweet43SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy