fbpx
Cerita Borneo

Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend ‘Mukbang’ Di Malaysia

Apa Sebenarnya Latok?

Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend ‘Mukbang’ Di Malaysia. Trend ‘mukbang’ atau ‘food review’ yang popular di luar negara kini semakin menjadi ikutan para Youtuber di Malaysia. Malah, ada dalam kalangan Youtuber atau selebriti yang melakukan mukbang ini dengan begitu menarik dan berupaya untuk mempengaruhi netizen mencuba makanan yang baru.

Sejak kebelakangan ini, makanan tradisi Sabah iaitu latok menjadi perhatian para selebriti dan Youtuber di Malaysia untuk dijadikan mukbang atau ‘review’. Namun demikian, ada pula segelintir daripada mereka yang bertindak keterlaluan dengan membuat reaksi yang menjengkelkan seolah-olah tidak menghormati makanan tradisi tersebut.

Sebelum anda terpedaya dengan reaksi tersebut, apa kata anda kenali terlebih dahulu makanan tradisi Sabah ini.

Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend 'Mukbang' Di Malaysia
Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend ‘Mukbang’ Di Malaysia

Digelar Umi-budō (Anggur Laut) Di Jepun

Latok merupakan sejenis rumpai laut yang berwarna hijau dan biji-bijinya menyerupai buah anggur. Diberi nama saintifik Caulerpa lentillifera, ia turut dipanggil dengan gelaran kaviar hijau atau ar-arosep atau umi-budō (anggur laut) dalam bahasa Jepun. Di pesisir pantai Filipina dan Kepulauan Okinawa, Jepun, rumpai laut ini diternak dan dituai kemudian dimakan secara mentah dan segar.

Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend 'Mukbang' Di Malaysia

Makanan Tradisi Masyarakat Bajau dan Sulu Di Sabah

Di Sabah, ia merupakan makanan tradisi masyarakat Bajau dan Sulu. Rasanya pula agak masin dan diiringi kesegaran rasa laut. Ia juga rangup diikuti sensai meletup di dalam mulut anda. Masyarakat Jepun menggelarnya rasa letupan biji kecil ini sebagai ‘puchi-puchi‘. Jika dibandingkan, ia boleh diibaratkan seperti memakan kaviar telur ikan. Fuh!

Kredit : IG khairiearowhn

Kebiasaannya, latok ini dimakan sebagai ulam dengan cicah sambal cili. Masyarakat Sabah lebih gemar memakannya bersama nasi, serta lauk lain seperti sayur-sayuran dan masakan ikan. Malah, ia menjadi hidangan popular ketika tibanya musim Ramadan di Sabah. Jualannya laku keras di bazaar-bazaar Ramadan.

Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend 'Mukbang' Di Malaysia
Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend 'Mukbang' Di Malaysia

Dimakan Sebagai Umibudo-don Di Jepun

Masyarakat Jepun pula menggemari latok ini dengan cara memakannya secara mentah bersama kicap soya atau sanbaisu, campuran kicap soya, cuka dan mirin. Bukan itu sahaja, latok juga boleh kebiasaannya didapati dalam hidangan nasi sashimi yang dipanggil umibudo-don. Ia kemudian dituang bersama sanbaisu.

Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend 'Mukbang' Di Malaysia
Kredit : Favy / The Hungry Ox

Kaya Dengan Vitamin A Dan C, Rahsia Umur Panjang Orang Okinawa

Berdasarkan kajian Universiti Kasertsat, Bangkok, Thailand, latok ini kaya dengan mineral, amino asid, iodin, fosforus, kalsium, magnesium dan kuprum. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan omega 3 serta vitamin A dan C. Ia dikatakan berkhasiat sebagai sumber fiber dalam diet harian dan berupaya mengurangkan risiko penyakit kronik. Bahkan, masyarakat Jepun di Okinawa percaya bahawa memakan latok ini adalah rahsia umur yang panjang.

Paling Best, Latok Boleh Tingkatkan Kolagen Kulit

Bagi anda yang inginkan kulit wajah yang cantik, amalan memakan latok dipercayai boleh meningkatkan penghasilan kolagen kulit sekaligus bersifat anti-oksida serta melembapkan kulit kering. Selain itu, ia juga boleh menguatkan tulang, memperbaiki penglihatan, bersifat anti-radang, serta beberapa manfaat lain yang boleh menurunkan berat badan.

Kredit : Favy

Disebabkan rupanya yang unik, maka tidak hairan lah ramai Youtuber yang mencuba memakan latok ini dan memberikan pandangan tentang rasanya. Walau pun terdapat segelintir yang tidak suka dan menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan, tetapi anda tidak akan mengetahui nikmat memakan latok selagi anda tidak mencubanya sendiri.

Tak kenal maka tak cinta.

Apa lagi makanan unik Sabah dan Sarawak yang anda tahu? Baca selanjutnya di artikel ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button