fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu ‘Trademark’ Berbuka Puasa Di Sarawak

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 April 2020
Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu ‘Trademark’ Berbuka Puasa Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Lagu Ini Menandakan Waktu ‘Sungkei’ Semakin Dekat.

Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu ‘Trademark’ Berbuka Puasa Di Sarawak. Siapa yang tidak mengenali lagu legend ketika hendak berbuka puasa di Sarawak? Lagu ini tidak akan pernah ‘miss’ di corong-corong radio sebelum tibanya waktu azan Maghrib. Bagi anak-anak Sarawak, lagu ini menjadi pengubat rindu mereka apabila berpuasa jauh dari tanah kelahiran.

Saujana mata memandang, indahnya bumi kenyalang

Keutuhan perpaduan jadi teras kebanggaan

Bersama kita melangkah ke era yang indah

Kemakmuran di bawah naungan bumi yang bertuah

Amanah Saham Sarawak..membina wawasan kita..

Seiringan sama menuju matlamat kejayaan

Masa depan sejahtera dan makmur

Melalui pelaburan Amanah Saham Sarawak…

Lagu Ini Sebenarnya Merupakan Lagu Tema Firma Pengurusan Pelaburan Sarawak

Untuk pengetahuan anda, lagu ini merupakan lagu tema Amanah Saham Sarawak iaitu sebuah firma pengurusan pelaburan yang dimiliki oleh kerajaan negeri Sarawak. Nama singkatan bagi Amanah Saham Sarawak ini ialah ASSAR. Syarikat GLC ini bukan sahaja menguruskan pelaburan tetapi juga merangkumi aspek khidmat kewangan, pembangunan dan pembinaan hartanah, pembuatan serta teknologi.

ADVERTISEMENT

Ciptaan Pensyarah UiTM, Komposer Lagu Iban Serta Juara Bintang RTM 1978

Berbalik kepada kisah lagu ini pula, ia dicipta oleh Hafiz Askiak, Alcuaz Jackie dan Kamil Salem pada tahun 2008. Mereka merupakan komposer, penulis lirik, ahli muzik, juruaudio serta penyanyi kepada lagu fenomena Ramadan di Sarawak ini. Menerusi ruangan deskripsi saluran milik Kamil Salem, gubahan lagu ini turut mendapat sentuhan daripada beberapa orang kakitangan Amanah Saham Sarawak pada waktu itu.

Untuk makluman anda, Dr. Kamil Salem merupakan juara kebangsaan Bintang RTM 1978 manakala Hafiz Askiak merupakan pensyarah UiTM Shah Alam. Antara karya Hafiz yang turut menyentuh hati ialah lagu Hari Bertuah iaitu lagu simbolik majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak. Alcuaz Jackie pula merupakan komposer lagu Iban yang turut menjadi orang penting dalam menggubah lagu korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu 'Trademark' Berbuka Puasa Di Sarawak
Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu ‘Trademark’ Berbuka Puasa Di Sarawak
Dari kiri : Kamil Salem, Hafiz Askiak, dan Alcuaz Jackie.

Istimewa Kerana Hanya Dimainkan Ketika Waktu Berbuka Hampir Tiba

Tak sangka alunan lagu yang mudah diingati tersebut menjadi nostalgia kepada rakyat Sarawak menjelang Ramadan. Istimewanya lagu ini sehingga ia menjadi ingatan rakyat Sarawak ialah waktu ia dimainkan. Lagu Amanah Saham Sarawak ini hanya berkumandang apabila hampir tiba waktu berbuka puasa. Lebih tepatnya, sebelum beduk berbunyi diikuti oleh laungan azan Maghrib.

ADVERTISEMENT
Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu 'Trademark' Berbuka Puasa Di Sarawak

Siapa yang rindu suasana ‘sungkei’ di Sarawak? Masa berbuka nanti, boleh lah pasang lagu ini sementara menunggu waktu berbuka.

Ingin tahu juadah berbuka istimewa di Sarawak? Baca artikel ini :

ADVERTISEMENT
Share896Tweet103SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy