fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia

Kedung BK Oleh Kedung BK
11 Julai 2020
Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

A house in two countries

Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia. Tahukah anda Malaysia mempunyai rumah yang terletak di sempadan antarabangsa? Malah, Indonesia pun ada!

Fun fact, rumah berkenaan adalah rumah yang sama – di mana dapur rumah tersebut berada di sempadan Malaysia, manakala ruang tamunya berada di sempadan Indonesia.

ADVERTISEMENT
Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia
Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia

Terletak di Pulau Sebatik, di mana ia dibahagikan kepada dua bahagian

Rumah tersebut terletak di Sungai Aji Kuning di Pulau Sebatik, iaitu di sebelah timur laut Kalimantan. Oleh itu, ia juga menjadi sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara.

Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia
Pulau Sebatik dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian Utara dimiliki oleh negara Malaysia, manakala bahagian Selatan dimiliki oleh negara Indonesia.

Dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian Utara dimiliki oleh Malaysia manakala bahagian Selatan pula dimiliki oleh Indonesia.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini

ADVERTISEMENT

Rumah itu terletak tepat-tepat di sempadan, oleh itu ia digelar ‘rumah dua negara’.

Pemilik rumah tersebut merupakan warganegara Malaysia, iaitu Anuar Patagang.

ADVERTISEMENT
Pemilik rumah, Anuar Patagang iaitu seorang warga Malaysia ketika ditemu bual oleh RTM. Kredit: Berita RTM

Rumah terbahagi kepada dua, mengikut sempadan

Rumah ini dibahagikan kepada dua mengikut sempadan. Yang menarik tentangnya ialah kedua-dua bilik dihias dengan konsep budaya masyarakat negara masing-masing untuk menandakan negara tempat bilik terletak. Rumah tersebut dibina bercirikan masyarakat Malaysia.

Ruang tamu terletak di bahagian Indonesia, manakala dapurnya terletak di bahagian Malaysia. Untuk bahagian Malaysia, dapur rumah itu mempunyai bendera Jalur Gemilang yang berkibar di bahagian beranda. Bagi bahagian Indonesia, ruang tamu tersebut dicat dengan warna merah dan putih untuk melambangkan negara Indonesia.

Bahagian Malaysia mempunyai bendera Jalur Gemilang yang berkibar di bahagian beranda. Kredit: Mitrapol

Tak cukup lagi nak bezakan sempadan, terdapat juga tanda sempadan di laluan jalan dari arah ruang tamu menuju ke ruang dapur rumah itu!

Tanda sempadan Indonesia dan Malaysia dalam rumah tersebut. Kredit: Indozone

Pulau yang unik kerana ia dimiliki oleh dua negara

Pulau Sebatik merupakan antara pulau yang unik. Hal ini kerana ia dimiliki oleh dua negara, lebih-lebih lagi ia mempunyai sebuah rumah yang terletak di pertengahan sempadan Malaysia dan Indonesia.

Walaupun berkongsi sempadan, rumah ini telah melambangkan kesatuan antara dua negara yang berbeza.

Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia
Rumah tersebut menyatukan kedua-kedua negara.

Sekiranya anda berkunjung ke sini, pasti anda rasa keliru sebentar kerana sekejap anda berada di Malaysia, sekejap berada di Indonesia! What a unique experience!

Lagi disini:

Share5446Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy