Kenali Salah Satu Jalan Yang Tertua Di Kuching. Kuching telah melalui perkembangan sejak bertahun-tahun dan ia tetap berkembang sehingga ke hari ini. Namun, di dalam perkembangannya masih kekal lagi warisan Kuching yang tidak ternilai. Salah satu warisan ini ialah Jalan Carpenter, iaitu salah satu jalan tertua di Kuching.


Asal Usul Jalan Carpenter
Pada mulanya, Jalan Carpenter dikenali sebagai Jalan Attap. Ini kerana bangunan-bangunan yang terletak sepanjang jalan ini menggunakan nipah di dalam bangunan. Namun, sebuah kebakaran pada tahun 1884 yang dikenali sebagai The Great Kuching Fire telah merosakkan bangunan di sepanjang jalan dan membakar lebih daripada 160 kedai.

Selepas kebakaran, Rajah Charles Brooke mengumumkan pembinaan kedai-kedai baru dan kedai-kedai ini perlu dibina semula dengan dinding bata yang tidak mudah terbakar dan jubin abu-abu. Kedai-kedai ini kemudiannya dibina semula dengan batu bata dan struktur yang sama. Oleh itu, kebanyakkan kedai yang dibina semula masih mengekalkan seni bina lama mereka dan tetap berdiri sehingga ke hari ini.

Akibat banyak nya tukang kayu yang bekerja di bengkel-bengkel kayu mereka di jalan ini, Jalan Attap turut diubah kepada Jalan Carpenter.

Pemodenan Jalan Carpenter
Pada masa kini, kedai runcit, syarikat perdagangan besar, bank dan kedai kopi telah menjadi pemandangan jarang di Jalan Carpenter. Kebanyakkan telah digantikan oleh kedai khusus untuk menjual kraftangan kepada pelancong serta senian yang dihasilkan oleh artisan tempatan yang menghiaskan dinding-dinding di sepanjang Jalan Carpenter.




Bishop Gate terletak dalam Jalan Carpenter. Di Sebalik Gerbang Ini Merupakan Sebuah Bar Tempatan. Graffiti Hiasan Dihasilkan Oleh Tha Black Cat.
Warisan Yang Harus Tidak Terlupakan
Walaupun Jalan Carpenter telah berkembang selama bertahun-tahun, jalan ini sudah pasti antara jalan ikonik di Kuching yang penuh dengan sejarah yang kaya sejak imigrasi warganegara China ke bandar Kuching. Dengan mereka mereka membawa budaya dan perdagangan mereka. No wonder Jalan Carpenter juga turut dikenali sebagai the unofficial Chinatown.

Apa gik kenangan-kenangan kitakorang kat Jalan Carpenter? Komen kenangan kitakorang dan jangan lupa share!