fbpx
Cerita Borneo

Kerajaan Kini Benarkan 4 Orang Satu Kereta Keluar Mulai Esok

Dengan Syarat, Mereka Haruslah Ahli Keluarga.

Kerajaan Kini Benarkan 4 Orang Satu Kereta Keluar Mulai Esok. Menerusi sidang media keselamatan yang diadakan sebentar tadi oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub, kerajaan kini membenarkan perjalanan kenderaan persendirian dengan maksimum 4 penumpang sekaligus.

Walau bagaimanapun, individu tersebut haruslah ahli keluarga sahaja.

Peraturan baru ini berkuatkuasa esok iaitu hari bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kerajaan Kini Benarkan 4 Orang Satu Kereta Keluar Mulai Esok
Kerajaan Kini Benarkan 4 Orang Satu Kereta Keluar Mulai Esok
Kredit : BERNAMA

Tambahnya lagi, kesemua mereka haruslah merupakan ahli keluarga dan tinggal di sebuah kediaman yang sama. Ini tidak termasuk rakan atau orang lain.

Menerusi sidang media tersebut juga, Ismail Sabri turut memberitahu bahawa pengangkutan awam akan dibuka seperti biasa bermula esok. Namun, kapasiti penumpang pengangkutan awam akan dikurangkan kepada separuh daripada kapasiti asal.

Walau bagaimanapun, negeri di Timur Malaysia tidak melaksanakan PKP Bersyarat, sebaliknya masih kekal dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini. Baca selanjutnya di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close