fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kerajaan Malaysia Sedia Pertimbangkan Pelajar Di Kampus Untuk Balik Kampung

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
21 April 2020
Kerajaan Malaysia Sedia Pertimbangkan Pelajar Di Kampus Untuk Balik Kampung
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kerajaan Sedang Mengkaji SOP Ketat Sebelum Pengumuman Rasmi.

Kerajaan Malaysia Sedia Pertimbangkan Pelajar Di Kampus Untuk Balik Kampung. Para pelajar institusi pengajian tinggi sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila kerajaan pada hari ini mempertimbangkan langkah untuk membenarkan mereka pulang ke rumah atau kampung halaman masing-masing. Perkara ini dimaklumkan menerusi sidang media Majlis Keselamatan Malaysia petang tadi.

Walau bagaimanapun, keputusan ini perlu disertakan dengan satu SOP yang ketat termasuklah saringan kesihatan.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan tersebut selepas mendapat amklum balas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melaporkan bahawa tiada kluster COVID-19 di kampus. Para pelajar yang tinggal di kampus juga tidak menunjukkan gejala-gejala jangkitan sehingga ke hari ini.

ADVERTISEMENT
Kerajaan Malaysia Sedia Pertimbangkan Pelajar Di Kampus Untuk Balik Kampung
Kredit : HAZREEN MOHAMAD via NSTP

Tambahnya lagi, ramai ibu bapa yang risau dengan keadaan anak-anak mereka. Malah, terdapat segelintir pelajar yang merasa kian tertekan akibat tinggal di kampus terlalu lama sehingga merayu untuk dilepaskan pulang.

KPT Dan KKM Bekerjasama Mencari Cara Paling Sesuai

Sebelum ini, Mesyuarat Kabinet memutuskan agar para pelajar perlu kekal berada di kampus sehingga mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk langkah selanjutnya.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Kerajaan Malaysia Sedia Pertimbangkan Pelajar Di Kampus Untuk Balik Kampung
Kerajaan Malaysia Sedia Pertimbangkan Pelajar Di Kampus Untuk Balik Kampung

Beberapa siri perbincangan telah dibuat berkaitan langkah ini dan ia memerlukan kerangka SOP yang ketat bagi mengelakkan mereka pulang secara besar-besaran.

ADVERTISEMENT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang bekerjasama untuk merangka langkah yang paling sesuai untuk membawa pulang pelajar ini dengan selamat supaya ibu bapa mereka tidak perlu lagi merasa risau.

SOP baharu juga akan dilihat dengan teliti sebelum mereka dibenarkan pulang.

ADVERTISEMENT

Baca artikel lain yang menarik di sini :

Share3114Tweet205SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy