fbpx
Cerita Borneo

Kerajaan Mengecualikan Yuran Pengeluaran Tunai RM1 Di Semua ATM

Inisiatif untuk mengelakkan kesesakan di bank

Kerajaan Mengecualikan Yuran Pengeluaran Tunai RM1 Di Semua ATM. Ini telah dikuatkuasakan oleh kerajaan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) habis tempoh. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata banyak yang dilihat memilih bank ketika mengeluarkan wang bagi mengelakkan daripada membayar RM1 dan turut menjadi punca kesesakan bank.

Opposition lawmakers will not declare assets, says Ismail | The ...
Kerajaan Mengecualikan Yuran Pengeluaran Tunai RM1 Di Semua ATM

Even RM1 sangat bernilai semasa tempoh PKP ini

Difahamkan ramai yang masih menggunakan perkhidmatan juruwang di bank kerana isu mesin ATM yang mengenakan bayaran RM1 setiap kali untuk pengeluaran tunai. Oleh itu, melalui Kementerian Kewangan, kerajaan telah memutuskan bahawa semua institusi kewangan dan PayNet akan mengecualikan caj RM1 di semua ATM menggunakan MEPS.

Jadi, sekiranya bank terdekat adalah bukan bank yang digunakan anda, anda masih boleh gunakan bank tersebut untuk mengeluarkan duit tanpa dikenakan caj RM1. Ketika di bank, jagakan jarak masing-masing dan hanya pergi ke bank sekiranya bank tersebut tidak mempunyai ramai orang agar mengelakkan kesesakan bank.

CIMB Bank, CIMB Islamic waive fees for Tabung Haji transactions ...
Semua institusi kewangan dan PayNet akan mengecualikan caj RM1 di semua ATM menggunakan MEPS. Kredit: Malay Mail

Baca Artikel Ini Untuk Panduan Menyemak Wang Bantuan Prihatin Nasional Anda :

Adakah Anda Usahawan Yang Terjejas Kerana COVID19? Jom Baca Artikel Di Bawah :

Artikel Berkaitan

Back to top button