fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
27 Januari 2020
Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Penggantungan Ini Turut Melibatkan Wilayah Hubei dan Sekitarnya

Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad melalui Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan penggantungan kemudahan imigresen kepada warga China. Ini termasuklah eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa On Arrival), e-visa dan visa manual kepada warga China. Penggantungan ini melibatkan warga China yang berasal dari wilayah Wuhan, Hubei dan kawasan sekitarnya.

Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta
Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta. Sumber : FB Tun Dr Mahathir Mohammad

Penggantungan ini berkuat kuasa serta merta dengan mengambil kira pelaksanaan keputusan bersama pihak kerajaan China.

ADVERTISEMENT

Namun demikian, penggantungan ini hanyalah bersifat sementara dan akan dilaksanakan semula setelah keadaan kembali pulih.

Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta

Menerusi kenyataan media ini juga, pelbagai pihak kini sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung wabak ini daripada merebak dengan meluas. Langkah-langkah yang diambil adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta nasihat daripada pakar.

Walau pun terdapat desakan daripada netizen untuk menghalang kemasukan pelancong dari China, langkah ini tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya kerana kes jangkitan ini masih belum diisytiharkan sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh World Health Organisation (WHO).

ArtikelBerkaitan

TERKINI : Sarawak Negeri Tunggal Yang Belum Dikenakan PKP

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19

Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta

Kebimbangan netizen yang semakin memuncak ini adalah disebabkan penyebaran berita palsu serta video punca penularan wabak yang ekstrim. Untuk pengetahuan anda, beberapa wabak yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sebenarnya lebih membahayakan. Oleh kerana kurang kesedaran tentang punca penularan serta kurangnya penyebaran di laman media, wabak tersebut hanyalah sekadar isu global yang remeh di mata masyarakat.

ADVERTISEMENT

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkenaan jangkitan novel coronavirus ini bagi mengelakkan ketidaktenteraman dalam kalangan orang awam.

Baca Artikel Kami Mengenai Senarai Berita Palsu Wuhan Coronavirus Di Malaysia

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/senarai-berita-palsu-berkenaan-virus-corona-wuhan-setakat-ini/
ADVERTISEMENT
Share213Tweet58SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy