fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Kerajaan Sarawak Arah Acara Melebihi 250 Orang Ditangguh

iloveborneo Oleh iloveborneo
13 Mac 2020
Kerajaan Sarawak Arah Acara Melebihi 250 Orang Ditangguh
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Perkara Tersebut Dimaklumkan Oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Kerajaan Sarawak Arah Acara Melebihi 250 Orang Ditangguh. Berikutan 3 kes positif COVID-19 di Sarawak pada hari ini, Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak telah mengeluarkan arahan kepada orang ramai untuk seboleh-bolehnya tidak menghadiri mana-mana acara atau perkumpulan awam yang melebihi jumlah penyertaan seramai 250 orang.

Kesemua acara anjuran kerajaan negeri atau perkumpulan awam akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.

Tangguhkan Perjalanan Anda Buat Masa Ini

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Brunei Darussalam, Sabah dan Semenanjung Malaysia buat masa ini sekiranya keadaan tidak mendesak. Begitu juga dengan perjalanan dari Brunei dan negeri-negeri berkenaan ke Sarawak.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Ibu bapa turut dinasihatkan untuk tidak membawa keluarga dan anak-anak melancong atau berjalan ke negara yang terjejas serta kawasan di luar Sarawak. Sebagai langkah berjaga-jaga, amalkan rutin kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap, menggunakan hand sanitizer, mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul dengan menekup mulut dengan tangan atau tisu serta menggunakan topeng muka.

📢ATTENTION:📢 Dear Sarawakians, in view of the 3 confirmed cases of COVID-19 in Sarawak, we advise you avoid public…

Posted by Sarawak Disaster Information on Thursday, March 12, 2020
Kerajaan Sarawak Arah Acara Melebihi 250 Orang Ditangguh
Kerajaan Sarawak Arah Acara Melebihi 250 Orang Ditangguh

Untuk maklumat terkini mengenai pengumuman berkaitan COVID-19 di Sarawak, anda boleh melayari laman sosial Sarawak Disaster Information di https://www.facebook.com/SarawakDisasterInfo

Share728Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy