fbpx
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Benarkan Petani, Penternak dan Nelayan Beroperasi

Perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Sarawak

Kerajaan Sarawak Benarkan Petani, Penternak dan Nelayan Beroperasi. Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Khas Keselamatan sebentar tadi mengeluarkan kenyataan rasmi untuk membenarkan petani, penternak dan nelayan untuk beroperasi. Arahan yang dikeluarkan adalah seperti berikut :

1. Para petani, penternak dan nelayan BOLEH menjalankan rutin harian
2. Para petani, penterak dan nelayan DIBENARKAN untuk menjual hasil mereka di tempat yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa tempatan dari pukul 7 pagi hingga 7 petang.

Kerajaan Sarawak Benarkan Petani, Penternak dan Nelayan Beroperasi
Kerajaan Sarawak Benarkan Petani, Penternak dan Nelayan Beroperasi

Hanya Pasar Tamu Berstruktur Kekal Dibenarkan Beroperasi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak juga telah bersetuju bahawa hanya bangunan yang berstruktur kekal dan beroperasi di bahagian dalam bangunan sahaja yang dibenarkan untuk dibuka semula. Walau bagaimanapun, kawalan penjarakan sosial akan dilaksanakan dengan ketat oleh pihak berkuasa tempatan.

Kerajaan Sarawak Benarkan Petani, Penternak dan Nelayan Beroperasi

Kerajaan Sarawak juga meminta pihak awam untuk mematuhi dan mengambil langkah yang sewajarnya selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Artikel Berkaitan

Back to top button