fbpx
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Bina COVIDTRACE, Aplikasi Pengesanan Kontak Rapat COVID-19

Aplikasi itu kini boleh dilihat di laman Playstore

Kerajaan Sarawak Bina COVIDTRACE, Aplikasi Pengesanan Kontak Rapat COVID-19. Menerusi carian kami di laman playstore sebentar tadi, aplikasi pengesanan kontak yang dibina oleh Kerajaan Sarawak kini sudah boleh dimuat turun melalui laman tersebut.

Kerajaan Sarawak Bina COVIDTRACE, Aplikasi Pengesanan Kontak Rapat COVID-19
Kerajaan Sarawak Bina COVIDTRACE, Aplikasi Pengesanan Kontak Rapat COVID-19

Aplikasi yang diberi nama COVIDTRACE ini dibangunkan hasil kerjasama Sarawak Multimedia Authority dan juga Sarawak Information Network Sdn Bhd bertujuan untuk mengesan kontak rapat pesakit COVID-19. Berdasarkan semakan di Playstore, aplikasi ini telah dikemaskini pada 12 Mei yang lalu.

Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Aplikasi ini berfungsi dengan menggunakan fungsi bluetooth. Sekiranya anda (yang memuat turun) aplikasi ini ‘bertemu’ atau ‘in contact’ dengan orang lain yang turut memuat turun aplikasi ini, aplikasi ini akan mengesan kehadiran anda berdua dan menyimpan data tersebut di dalam telefon bimbit anda.

Sekiranya salah seorang daripada anda disahkan positif, maka anda hanya perlu memuatnaik data tersebut untuk kegunaan pihak berkuasa mencari kontak terdekat yang telah anda jumpa sepanjang 21 hari yang lepas.

Data yang disimpan adalah selamat, dan ianya hanya disimpan di dalam telefon bimbit anda sahaja.

Muat turun aplikasi COVID trace di pautan di bawah :
Untuk Android : COVIDtrace Android
Untuk Apple : COVIDtrace Apple

Kerajaan Malaysia turut mempunyai aplikasi MyTrace dengan fungsi yang sama

Seperti yang kita tahu, sebelum ini Kerajaan Malaysia juga telah melancarkan aplikasi MyTrace yang menggunakan teknologi dan cara yang sama seperti bagaimana aplikasi COVIDtrace berfungsi. Menerusi semakan ringkas kami, tidak nampak sebarang perbezaan kegunaan dan fungsi kedua dua aplikasi ini. Masih tidak jelas juga sama ada perlukah pengguna memuat turun 2 aplikasi ini secara serentak untuk kegunaan di tempat berbeza atau pun bagaimana.

Bagi anda yang ingin berjinak jinak untuk menghasilkan aplikasi yang sama untuk kegunaan taman anda misalnya, anda boleh cuba muat turun source code aplikasi pengesanan kontak Blue Trace yang kini boleh dimuat turun dari laman Github

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button