fbpx
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Umum Individu Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Berdepan Penjara

Perkara Tersebut Dimaklumkan Menerusi Sidang Media Ketua Menteri Sarawak Sebentar Tadi

Kerajaan Sarawak Umum Individu Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Berdepan Penjara. Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, kerajaan Sarawak hari ini sekali lagi mengadakan sidang media berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dikuatkuasakan di Sarawak.

Kerajaan Sarawak Umum Individu Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Berdepan Penjara
Kerajaan Sarawak Umum Individu Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Berdepan Penjara

Berikut merupakan 6 garis panduan yang diumumkan oleh kerajaan Sarawak berkenaan penguatkuasaan perintah tersebut di Sarawak;

1. Pejabat-pejabat kerajaan ditutup

2. Hanya jabatan dan agensi kerajaan yang menyediakan servis asas (essential services) dibenarkan beroperasi.

3. Hanya premis-premis perniagaan yang menyediakan essential production/services sahaja dibuka. Hanya kilang-kilang di Samalaju dan Samajaya serta kilang-kilang papan lapis dibenarkan beroperasi dengan kakitangan yang minima sahaja.

5. Restoran dan kedai makan dibenarkan beroperasi namun orang ramai tidak dibenarkan makan dan minum di premis.

6. Orang ramai dibenarkan untuk keluar rumah untuk membeli keperluan harian atau mendapatkan perkhidmatan penting sahaja. Individu yang tidak mematuhi arahan akan dikenakan penjara 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Manakala penjara 5 tahun, denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali kedua. Kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan mengikut Seksyen 24, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menerusi sesi soal jawab pula, Ketua Menteri Sarawak menjelaskan bahawa kemasukan rakyat Sarawak ke negeri ini pada atau selepas 18 Mac 2020 masih tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan dan dikenakan ‘Stay Home Notice’ selama 14 hari.

Artikel Berkaitan

Back to top button