fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kes Gaduh Gara-Gara Wanita Pada Hari Valentine Cetus Kluster Green, Kluster Baharu Di Sarawak

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
19 Februari 2021
Kes Gaduh Gara-Gara Wanita Pada Hari Valentine Cetus Kluster Green, Kluster Baharu Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kluster Green telah tercetus kerana kes rusuhan yang berlaku di hadapan Chonglin Plaza, Greenroad baru-baru ini.

Kes Gaduh Gara-Gara Wanita Pada Hari Valentine Cetus Kluster Green, Kluster Baharu Di Sarawak. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Kluster Jalan Green, Kuching adalah antara satu daripada dua Kluster baharu yang telah diisytiharkan pada hari ini.

Kluster Jalan Green adalah satu kluster komuniti yang telah dikesan di Daerah Kuching. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,093 dan ke-7,094 yang telah dikesan melalui saringan orang kena tahan (OKT) tangkapan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 14 Februari 2021 di Daerah Kuching.

ADVERTISEMENT
Kes Gaduh Gara-Gara Wanita Pada Hari Valentine Cetus Kluster Green, Kluster Baharu Di Sarawak
Kes Gaduh Gara-Gara Wanita Pada Hari Valentine Cetus Kluster Green, Kluster Baharu Di Sarawak

Tambahan empat kes dikesan

Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak-kontak kepada kedua-dua kes indeks ini, tambahan empat (4) kes telah dikesan. Sehingga 19 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari seramai 148 individu telah disaring dimana 6 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes, 30 kes negatif, dan 112 kes masih menunggu keputusan.

Kesemua enam (6) kes yang positif ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Tiada kematian melibatkan kluster ini.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT
Kes Gaduh Gara-Gara Wanita Pada Hari Valentine Cetus Kluster Green, Kluster Baharu Di Sarawak

Kluster Kejatau, Sri Aman

Selain itu, terdapat satu lagi Kluster baharu iaitu Kluster Kejatau, Sri Aman yang melibatkan sebuah pejabat kerajaan di Wisma Persekutuan Fasa 2, Jalan Kejatau, di Daerah Sri Aman.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,437 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 27 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Sri Aman.

ADVERTISEMENT

Sehingga pukul 12:00 tengah hari ini, seramai 92 individu telah disaring. Tujuh dikesan positif termasuk indeks kes, manakala enam negatif, dan 79 masih lagi menunggu keputusan.

Mereka telah dimasukkan ke pusat kuarantin risiko rendah (PKRC) Sri Aman bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Tiada kematian melibatkan kluster ini.

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy