fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ketahui 2 Daripada 5 Kluster Terbesar COVID-19 Malaysia Yang Berpusat Di Kuching

iloveborneo Oleh iloveborneo
12 April 2020
Ketahui 2 Daripada 5 Kluster Terbesar COVID-19 Malaysia Yang Berpusat Di Kuching
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

2 kluster tersebut menyebabkan lebih dari 150 kes POSITIF COVID19 di Sarawak

Ketahui 2 Daripada 5 Kluster Terbesar COVID-19 Malaysia Yang Berpusat Di Kuching. Seperti data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia beberapa hari yang lepas, terdapat 5 buah kluster terbesar COVID-19 di Malaysia. 2 daripada 5 kluster ini adalah kluster yang secara tidak langsung merupakan kluster dari Kuching.

#COVID19Malaysia Status terkini lima kluster terbesar.
1. Perhimpunan di Seri Petaling (1,682)
2. Persidangan keagamaan di Kuching (110)
3. Majlis perkahwinan di BB Bangi (94)
4. Individu sejarah perjalanan ke Itali (41)
5. Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau (27)

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 8, 2020

Kluster persidangan keagamaan di Kuching

Kluster ini merupakan kluster pertama yang mengorbankan nyawa akibat COVID19. Pastor yang berumur 60 tahun itu merupakan pastor dari Gereja Emmanuel Baptist di Kuching. Kluster ini kini telah berkembang kepada generasi kelima.

ADVERTISEMENT

Sehingga 8 April 2020 jam 12 tgh hari, Kluster Persidangan di Gereja, Kuching, Sarawak:
o24 kes baru
oJumlah kes: 112 kes
o11 kes pulih sepenuhnya
o4 kes di ICU
o48 kes dirawat di hospital
o47 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin
o2 kes kematian (kes ke-358 & ke-2471) pic.twitter.com/vUKR9dX3eS

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 8, 2020

Kluster PUI dari Itali di Kuching

Kluster ini sebelum ini turut menggegarkan dunia internet dengan pelbagai versi ceritanya. Amat menyedihkan, setakat ini kluster ini telah mengorbankan nyawa 5 orang dari satu keluarga yang sama. Ada juga sedikit kontroversi mengenai kluster ini dengan pelbagai versi cerita netizen.

Sehingga 8 April 2020 jam 12 tgh hari, kluster PUI dari Itali di Kuching, Sarawak:
o1 kes baharu
oJumlah kes: 41 kes
o11 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya
o2 kes di ICU
o13 kes dirawat di wad biasa
o10 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin
oJumlah kematian: 5 kes pic.twitter.com/VfRmVQVn3F

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 8, 2020

Baca Juga :

Harus kita ketahui bahawa kita harus tidak menunding jari kepada sesiapa di dalam kluster kluster ini kerana COVID19 merupakan satu wabak yang bukan sahaja telah bermutasi, malah ada juga pesakit COVID19 yang boleh menjadi pembawa tanpa mempunyai apa apa simpton.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Anda boleh baca bagaimana China kini menapis pesakit COVID19 yang tidak mempunyai simptom :

Dalam usaha bagi mengekang wabak COVID19 dari terus merebak, Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah yang proaktif dengan menjadikan Kompleks Belia Dan Sukan sebagai pusat saringan COVID19. Kerajaan Sarawak juga menyeru individu individu yang merupakan kontak rapat dengan kes COVID19 atau pernah menghadiri beberapa buah majlis untuk hadir untuk menjalani saringan.

Ketahui 2 Daripada 5 Kluster Terbesar COVID-19 Malaysia Yang Berpusat Di Kuching
Ketahui 2 Daripada 5 Kluster Terbesar COVID-19 Malaysia Yang Berpusat Di Kuching

Kerajaan Sarawak belanja RM8.2 Juta Beli Kelengkapan

Dalam mempergiat usaha bagi mengekang penularan wabak COVID19, kerajaan Sarawak turut membelanjakan RM8.2 juta untuk membawa masuk kelengkapan PPE dari China dan turut menyewa khas pesawat kargo bagi membawa peralatan tersebut terus mendarat di Kuching.

ADVERTISEMENT

Pesawat pengangkut kargo jenis Airbus A330 tersebut disewa khas untuk menerbangkan sejumlah 50 tan PPE beserta bekalan perubatan yang lain dari Shanghai, China terus ke Kuching. Kesemua bekalan ini adalah hasil pembelian kerajaan Sarawak bagi memastikan kelengkapan hospital dan petugas hadapan mencukupi.

Bagi anda yang belum mengetahui, Sarawak juga mempunyai tracker COVID19 yang boleh diakses di : covid19.sarawak.com.my

Tracker yang dibina dengan menggunakan arcGIS Enterprise ini memberikan angka dan statistik terkini perkembangan COVID19 di Sarawak bagi memudahkan kita untuk mendapatkan gambaran semasa.

Jangan risau, masih banyak juga kawasan hijau di Sarawak

Walaupun bandar bandar utama di Sarawak mempunyai kes positif yang tinggi di Sarawak, jangan risau. Masih banyak juga kawasan hijau di mana kawasan kawasan ini harus kita pertahankan.

Dengan perintah kawalan pergerakan yang disambung lagi selama 2 minggu, amat penting untuk kita terus patuh dengan arahan pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan perang kita melawan COVID19 ini berjaya.

Sekiranya anda mempunyai apa apa pertanyaan berkenaan COVID19, anda boleh menghubungi CPRC Malaysia seperti maklumat di bawah :

Attention!

Our CPRC Kebangsaan is operating 24/7.

For any inquiries regarding #COVIDー19:

1. Call ✔️
2. WhatsApp ✔️
3. Email ✔️

Alternatively, contact the Virtual Health Advisory or State CPRC via https://t.co/DYuTYuNuWu before 5pm.

Thank you for staying at home. pic.twitter.com/uR0LTJB3P1

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
Share385Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy