fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ketahui Jenis Ular Berbisa Sering Ditemui Di Malaysia

Kedung BK Oleh Kedung BK
4 Ogos 2020
Ketahui Jenis Ular Berbisa Sering Ditemui Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bukan kawan, tapi memang ular betul-betul

Ketahui Jenis Ular Berbisa Sering Ditemui Di Malaysia. Malaysia mempunyai lebih kurang 140 spesis ular dan 17 daripada spesis itu spesis yang berbisa.

Seorang pengguna Twitter, @IsskndarAriffin kongsikan beberapa infografik yang berguna memaparkan jenis ular berbisa sering ditemui di Malaysia dan rawatan yang sesuai jika dipatuk ular.

ADVERTISEMENT
Ketahui Jenis Ular Berbisa Sering Ditemui Di Malaysia
Ketahui Jenis Ular Berbisa Sering Ditemui Di Malaysia

Ular jenis apa berbisa?

Berikut adalah infografik dikongsikan beliau menunjukkan jenis-jenis spesis ular yang berbisa dan dimana ia sering dijumpai di negara ini.

Kredit: Twitter
Kredit: Twitter
Kredit: Twitter

Alamak! Kena patuk ular? Ini adalah langkah awal anda harus buat

Sekiranya anda dipatuk ular, anda perlu membuat beberapa perkara yang penting.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

  • Cari bantuan dengan segera
  • Bersihkan luka dan beri tekanan bila membalut luka tersebut
  • Kurangkan bergerak. Sebaiknya baring atau jangan bergerak sementara tunggu bantuan tiba. Ini bagi mengelak racun ular tersebut disebar dengan laju dalam saluran sistem limfa (lymphatic). Untuk pengetahuan anda, racun tersebut disebar menerusi sistem limfa anda. Limfa adalah cecair di dalam badan anda yang mengandungi sel darah putih. Tidak seperti darah, limfa anda bergerak ketika anda menggerakkan anggota badan anda. Oleh itu, ia penting untuk anda bertenang dan elak bergerak bagi memperlahankan racun ular berkenaan tersebar luas dalam badan anda.
  • Segera naiki ambilan, dapatkan antitetanus dan antivenom (BUKAN ANTIVAKSIN)

JANGAN BUAT PERKARA SEPERTI DIBAWAH:

ADVERTISEMENT
  • Jangan sedut bisa dari luka
  • Jangan sekat salur darah
  • Jangan naikkan luka melebihi paras jantung
  • Jangan ambil ubat tahan sakit seperti aspirin atau ubat traditional
  • Pastikan anda pergi ke hospital 30 minit selepas dipatuk. Lebih cepat, lebih bagus.

Ada ular depan anda? Bagaimana pula bertindak?

Jika anda berhadapan seekor ular berbisa seperti mana yang disenaraikan di atas, sebaik mungkin:

  • Jangan panik
  • Jangan bergerak (selepas berada di tempat selamat)
  • Jangan sibuk tangkap ular! Ambil gambar ular tersebut jika dapat untuk dikirim kepada pihak releven, serahkan tugas penangkapan ular itu kepada mereka seperti Jabatan Bomba, JPAM atau pihak setaraf.
  • Hubungi talian kecemasan 999

Semoga dijauh-jauhkan benda yang tidak diingini, tetapi sekiranya berhadapan dengan masalah ini, sentiasa ingat untuk bertenang dan segera panggil bantuan.

ADVERTISEMENT

Lagi disini:

Share67Tweet42SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy