fbpx
Cerita Borneo

Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya

Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya. Satu virus yang disyaki sepupu virus SARS, telah menjangkiti ratusan orang sejak wabak itu bermula di Wuhan, China, sejak bulan Disember. World Health Organisation (WHO) menawarkan panduan kepada pelbagai negara tentang bagaimana untuk mempersiapkan diri sekiranya wabak tersebut mencecah masuk ke dalam negara mereka termasuk bagaimana memantau orang yang sakit serta merawat pesakit. Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang virus ini serta panduan bagaimana untuk mengelak dijangkiti.Ketahuilah Apa Virus Corona Dan Bagaimana Untuk MencegahnyaKetahuilah Apa Virus Wuhan Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya. Satu virus yang disyaki sepupu virus SARS, telah menjangkiti ratusan orang sejak wabak itu bermula di Wuhan, China, sejak bulan Disember. World Health Organisation (WHO) menawarkan panduan kepada pelbagai negara tentang bagaimana untuk mempersiapkan diri sekiranya wabak tersebut mencecah masuk ke dalam negara mereka termasuk bagaimana memantau orang yang sakit serta merawat pesakit. Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang virus ini serta panduan bagaimana untuk mengelak dijangkiti.

Ketahuilah Apa Virus Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya

Apakah itu Virus Wuhan Corona?

Virus ini dikategori sebagai coronavirus, dimana ia sekelompok virus yang biasanya ditemui di kalangan haiwan. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, dalam kes-kes yang jarang berlaku, virus ini boleh dihantar dari haiwan ke manusia. Proses ini dikenali sebagai zoonosis.

Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya

Bagaimana Ia Disebar

Virus ini boleh merebak dari hubungan manusia dengan haiwan. Buat masa ini, pegawai-pegawai relevan belum tahu dimana punca virus ini datang dan menyebabkan wabak semasa di Wuhan.

Penyebaran virus menjadi apabila ada hubungan manusia ke manusia di mana manusia yang dijangkit boleh menjangkitkan manusia lain dari titisan dalam batuk. Bergantung kepada keagresifan virus, batuk, bersin atau penjabatan tangan boleh menyebabkan pendedahan. Virus ini juga boleh disebarkan dengan menyentuh sesuatu yang dijangkiti orang yang dijangkit dan kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata anda. Keep your hands sanitize, guys!

Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya
Jaga Kebersihan Masing-Masing!

Penyebaran manusia kepada manusia telah disahkan sebagai punca penyebaran coronavirus Wuhan, tetapi pakar kini cuba memahami siapa yang paling banyak menyebarkannya, siapa yang paling berisiko dan sama ada transmisi kebanyakannya berlaku di hospital atau di kalangan masyarakat seperti dimana virus SARS dan MERS disebar melalui hospital.

Simptom Coronavirus

Virus ini boleh membuat orang sakit, biasanya dengan penyakit saluran pernafasan yang ringan hingga sederhana, sama seperti selesema biasa. Simptom-simpton coronavirus juga termasuk hidung berair, batuk, sakit tekak. Pesakit mungkin akan merasai sakit kepala dan demam yang boleh bertahan beberapa hari.

Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya

Bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, warga tua dan yang masih muda, ada kemungkinan virus ini boleh menyebabkan penyakit saluran pernafasan yang lebih rendah dan lebih serius seperti radang paru-paru atau bronkitis.

Terdapat segelintir coronavirus manusia yang diketahui boleh membawa maut.

Contoh coronavirus lain ialah SARS, dimana penyakit ini boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk. Pertama dikenal pasti di wilayah Guangdong di selatan China, ia menyebabkan masalah pernafasan tetapi juga boleh menyebabkan cirit-birit, keletihan, sesak nafas, kesusahan penafasan dan kegagalan buah pinggang. Satu lagi jenis coronavirus manusia ialah MERS, dimana ia pertama kali dilaporkan di Timur Tengah pada tahun 2012 dan juga menyebabkan masalah pernafasan, serta simptom-simptom lain yang boleh membawa maut kepada manusia.

Coronavirus Wuhan kini dianggap lebih ringan daripada SARS dan MERS dan mengambil masa yang lebih lama untuk membina simptom. Pesakit setakat ini biasanya mengalami batuk yang ringan selama seminggu dan diikuti oleh sesak nafas dan menyebabkan mereka untuk melawat hospital. Setakat ini, sekitar 15% sehingga 20% kes telah menjadi teruk dan memerlukan, sebagai contoh, pengudaraan di hospital, menurut Peter Horby, profesor penyakit berjangkit.

Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya

Siapa Yang Terjejas?

MERS, SARS dan coronavirus Wuhan nampaknya menyebabkan penyakit yang lebih teruk pada golongan orang tua, walaupun terdapat ketidakpastian tentang perkara ini semenjak wabak terbaru berlaku. Daripada kes coronvavirus Wuhan yang dilaporkan setakat ini, tiada yang kanak-kanak disahkan terjebak wabak ini. Setakat ini pesakit dalam umur perata 40 tahun ke atas terjejas oleh penyakit ini.

Rawatan Coronavirus Wuhan

Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk coronavirus Wuhan tetapi penyelidikan sedang dijalankan. Selalunya simptom akan hilang sendiri tetapi pakar menasihati untuk mencari rawatan awal sekiranya anda mengesyaki anda dilanda demam. Sekiranya simptom berasa lebih teruk daripada demam biasa, jumpa doktor anda dengan segera!

Doktor boleh melegakan simpton dengan menetapkan ubat sakit atau demam. Bilik yang mempunyai humidifier bilik atau mandi panas boleh membantu dengan sakit tekak atau batuk. Anda juga disaran untuk minum banyak air, berehat dan tidur sebanyak mungkin.

Jangan lupa minum air pada hari ini!

Bagaimana Untuk Mencegah Coronavirus Wuhan?

Tiada vaksin untuk melindungi terhadap coronavirus buat setakat ini. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat sedang bekerja untuk membuat vaksin terhadap virus baru ini tetapi ia akan mengambil masa berbulan-bulan sehingga percubaan klinikal dapat dijalankan dan lebih dari satu tahun untuk menyediakan vaksin bagi penggunaan masyakarat.

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko jangkitan ialah mengelakkan diri daripada orang yang sakit. Cuba mengelak menyentuh mata, hidung dan mulut anda. Basuh tangan anda dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat.

Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat

Sekiranya anda sakit dan mempunyai sebab untuk mempercayai ia mungkin coronavirus Wuhan daripada perjalanan ke kawasan yang dilanda epidemik virus ini atau bersentuhan dengan seseorang yang telah berada di sana, anda perlu memberitahu healthcare provider anda dan mendapatkan rawatan awal.

Tutup mulut dan hidung anda apabila batuk atau bersin dan nyahdirkan objek dan permukaan yang anda sentuh.

Sekiranya anda mempunyai pelan untuk melakukan perjalanan ke China, beri perhatian kepada simptom dan elakkan pasar yang mempunyai haiwan hidup, di mana wabak bermula di Wuhan.

Coronavirus dan Kucing, Anjing dan Haiwan Lain

Haiwan peliharaan boleh menangkap coronavirus dan jangkitan boleh menjadi teruk terhadap haiwan yang menjangkitkan virus tersebut. Kadang-kadang virus boleh membawa maut kepada haiwan tersebut.

Contohnya, kucing boleh menangkap SARS tetapi tidak ada kucing yang dijangkiti mengalami simptom, menurut sebuah kajian yang dijalankan. Coronovirus kucing biasanya asimtomatik, tetapi boleh menyebabkan cirit-birit ringan. Felion Infectious Peritonitis atau FIP, boleh menyebabkan simptom seperti selesema kepada kucing, tetapi juga boleh menjadi lebih serius untuk kucing dan boleh menyebabkan kegagalan organ. Namun, penyakit ini tidak dapat disebarkan dan tidak disebar ke haiwan lain atau ke manusia. Sebuah kajian juga mendapati dimana Pantropi Canine Coronavirus boleh memberi kesan kepada kucing dan anjing dan boleh membawa maut kepada anjing.

Tapi jangan risau, virus-virus tertentu anjing dan kucing ini tidak dapat disebar kepada manusia. Your pets won’t infect you!

Jagalah Kesihatan dan Kebersihan Anda!

Yang penting, jagalah kesihatan anda dengan minum banyak air, rehat dan tidur secukupnya. Jangan lupa untuk menutup mulut ketika batuk atau bersin, dan cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat ketika mencuci tangan. Nyahdirkan objek dan permukaan bagi membanteras kuman-kuman. Gunakan topeng muka ketika di luar dan segera berjumpa dengan doktor ketika anda mengesyaki anda demam. Bertindak awal untuk mencegah virus Wuhan ini sebelum anda dijangkiti.

Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya

Artikel Berkaitan

Back to top button