fbpx
Cerita Borneo

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

Ada yang bagi diskaun sampai 50% weh!

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini. Tahukah anda bulan Ogos ini merupakan bulan promosi makanan di restoran di Malaysia?

Sempena bulan kemerdekaan, restoran makanan segera dan minuman di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghargaan kepada pelanggannya. Diskaun yang diberikan juga agak tidak masuk akal!

Hasil daripada tinjauan kami di laman rasmi restoran makanan di Malaysia, ini merupakan senarai promosi yang boleh anda rebut dan nikmati bersama orang tersayang.

1. KFC

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini
KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

Kepada anda yang gemarkan makanan KFC, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan set kombo ayam 2 ketul pada harga yang sangat menakjubkan. Jika anda membeli 3 set kombo, anda hanya perlu membayar sebanyak RM 33 sahaja.

Cepat! Promosi sah untuk 3 hari sahaja!

Tempoh promosi : 17 hingga 19 Ogos 2020

Pilihan pembelian : Beli di restoran/tempahan penghantaran (delivery) melalui aplikasi KFC

Cara pembelian : Tunjukkan gambar promosi atau masukkan kod promo ‘3FOR33’

2. McDonald

McDonald pula memperkenalkan set baru dengan harga yang cukup berbaloi untuk segelas kopi dan sepotong kek. Set menu yang dijual menerusi McCafe itu diberi nama Perfect Match.

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

Dalam pilihan menu ini, anda boleh memilih kopi kesukaan anda dan dipadankan dengan kek klasik pada satu harga yang sama iaitu RM 12.99 sahaja. Ayy! Murah betul!

3. Starbucks

Starbucks pula tampil dengan 2 promosi yang menduga iman bulan ini. Promosi yang pertama adalah promosi Coffee Deals dengan kerjasama e-wallet Penjana dan MySejahtera.

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

Bagi anda yang menebus insentif Penjana sebanyak RM 50 di aplikasi e-wallet Boost, anda layak untuk membuat pembelian minuman Starbucks Freshly Brewed Coffee pada harga serendah RM 5 sahaja manakala minuman Starbucks Handcraftad Beverage pada harga RM 8 sahaja.

Dengan syarat, anda harus membayar menggunakan aplikasi Boost.

Satu lagi promosi Starbucks untuk bulan ini ialah ‘Delight Tuesday’ di mana anda boleh mendapatkan potongan harga sebanyak 50% untuk minuman kedua (handcrafted beverage) dengan setiap pembelian minuman promosi (promotional beverage).

Tempoh promosi : 4 hingga 25 Ogos 2020 (Setiap Selasa)

Waktu promosi : 5 hingga 8 petang

4. Tealive

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

Dah tuntut insentif Penjana anda ke belum? Jika sudah, apa kata anda belanja orang tersayang dengan segelas minuman Tealive dengan harga diskaun sebanyak 50%! Pesan sahaja melalui Grab Food dan nikmati minuman Tealive sampai ke depan rumah anda.

Bukan itu sahaja, Tealive juga menawarkan aneka jenis minuman kopi panas pada harga RM 5 sahaja! Anda boleh mendapatkan minuman ini di cawangan Tealive berdekatan anda setiap hari sehingga jam 12 tengah hari.

Bagi anda yang mempunyai kad keahlian Tealive pula, anda boleh menebus minuman pada harga serendah RM 1.10 pada setiap hari Khamis. Promosi minuman pula berbeza-beza mengikut minggu. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman FB Tealive Asia.

5. Secret Recipe

Siapa peminat kek ikonik Secret Recipe di sini? Anda boleh menggunakan peluang promosi ini untuk menikmati kek serta hidangan kegemaran anda pada harga yang lebih menjimatkan.

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

Dengan setiap pembelian minimum berjumlah RM 20, anda layak mendapatkan potongan harga sehingga 50% jika anda membuat pesanan melalui Grab Food. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan memasukkan kod promo ‘HOTDEALS’. Promosi ini bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2020.

Bagi mereka yang membuat pembelian menggunakan insentif Penjana di Boost dan Touch ‘n Go e-wallet pula, anda akan menerima pulangan tunai (cashback) sebanyak RM 3 jika anda berbelanja sebanyak RM 30 atau lebih.

6. Pizza Hut

Pernah rasa Pizza Nasi Lemak? Mungkin anda patut pertimbangkan promosi dari Pizza Hut ini. Mereka menawarkan satu pizza Nasi Lemak saiz ala carte pada potongan harga sebanyak RM 6.30!

Ini bermakna jika anda membuat pembelian satu pizza ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM 35.60 berbanding harga asalnya iaitu RM 41.90. Boleh tahan juga kan?

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

7. Subway

Subway juga tidak ketinggalan untuk membuat promosi apabila menawarkan 6 keping biskut aneka pilihan dengan harga RM 6.30 sahaja.

Jika anda membelinya dengan harga biasa, sekeping biskut berharga sekitar RM 1.90. Apa lagi? Tapau lah!

KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

8. Daboba

Penggemar minuman manis Daboba pula boleh try usha promosi ini. Katanya, anda boleh mendapatkan 2 minuman teh susu atau milk tea Daboba pada harga serendah RM 9.99 sahaja!

Promosi ini berlangsung setiap hari Rabu namun tidak terdapat untuk cawangan Daboba SOHO Ipoh, Daboba Kampar, Daboba Seremban 2 dan Daboba Kuching.

9. Xin Fu Tang

Akhir sekali, penggemar Xin Fu Tang juga berpeluang untuk menikmati promosi minuman kegemaran mereka pada harga RM 8 sahaja!

Antara pilihan yang ada ialah Lemon Black Tea, Damascus Rose Tea with Lemons, Soda and Handmade Jelly, Matcha Boba Milk, Brown Sugar Boba Oolong Milk Tea dan banyak lagi!

Walau bagaimanapun, anda perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya 2 minuman dan ke atas daripada senarai tersebut untuk melayakkan anda mendapatkan minuman ketiga dengan harga RM 8 sahaja.

Promosi berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos 2020.

Wah! Banyak betul promosi bulan ini kan? Sempena tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 63 tahun ini, kebanyakan promosi menawarkan promosi yang sepadan dengan tarikh tersebut.

Banyak juga tu!

Apa-apa pun, berbelanja lah dengan berhemah, okay?

Baca juga :

Artikel Berkaitan

Back to top button