fbpx
Cerita Borneo

Khas Untuk Pelajar Pulang Ke Kampus, Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Khas

Rebut peluang ini gais!

Khas Untuk Pelajar Pulang Ke Kampus, Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Khas. Sejak musim pandemik melanda seluruh negara, industri penerbangan antara industri yang terjejas teruk dan menerima impak yang dahsyat akibat kekangan perjalanan.

Kepulangan pelajar ke kampus sedikit sebanyak pastinya membantu industri penerbangan negara.

KPT bekerjasama dengan Malaysia Airlines tawar harga khas untuk pelajar

Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines untuk menawarkan harga tambang khas untuk pelajar pulang ke kampus.

Selamat Pulang Ke Kampus! Penerbangan khas Kementerian Pengajian Tinggi untuk Mahasiswa ✈️ Tarikh tutup permohonan :13 September 2020 #kptprihatin #iptpulang

Posted by Jabatan Pendidikan Tinggi – JPT on Tuesday, August 25, 2020

Anda boleh membuat tempahan untuk penerbangan bertarikh 25 September hingga 20 Oktober 2020 dari atau ke destinasi seperti KLIA, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Labuan, Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Tambang khas yang akan diberikan ialah potongan harga sekitar 20% untuk tempahan individu melalui program MH Explorer, program penerbangan khas untuk pelajar pengajian tinggi.

Khas Untuk Pelajar Pulang Ke Kampus, Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Khas
Khas Untuk Pelajar Pulang Ke Kampus, Malaysia Airlines Tawar Harga Tambang Khas

Tarikh tutup permohonan pada 13 September 2020

Anda hanya perlu mengisi maklumat dengan mengimbas kos QR seperti yang disediakan dalam poster.

Ayuh! Tempah sekarang kerana tarikh tutup permohonan adalah pada 13 September 2020.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan kemusykilan, anda boleh menghubungi pegawai Malaysia Airlines seperti yang tertera.

Sebelum ini, Malaysia Airlines juga menawarkan harga tambang yang sama untuk pelajar matrikulasi yang pulang ke kampus masing-masing.

Ini pula senarai bantuan IPT yang boleh anda mohon sebagai persediaan memasuki menara gading :

Artikel Berkaitan

Back to top button