fbpx
Cerita Borneo

Kilang Penyulingan Dan Kilang Bir Di Seluruh Amerika Syarikat Kini Hasilkan Hand Sanitiser

From beer to hand sanitiser

Kilang Penyulingan Dan Kilang Bir Di Seluruh Amerika Syarikat Kini Hasilkan Hand Sanitiser. Kilang penyulingan kini memindahkan pengeluaran mereka dari arak dan bermula untuk membuat sanitiser tangan untuk membantu dalam isu kekurangan bekalan pencegahan Covid-19 di Amerika Syarikat.

Kilang Penyulingan Dan Kilang Bir Di Seluruh  Amerika Syarikat Kini Hasilkan Hand Sanitiser
Kilang Penyulingan Dan Kilang Bir Di Seluruh Amerika Syarikat Kini Hasilkan Hand Sanitiser

Bukan sekadar mengeluarkan bir!

Dengan bahan mentah yang diperlukan sudah ada, semua kilang penyulingan di seluruh negara US berlumba untuk mengeluarkan sanitiser berasaskan alkohol untuk komuniti dan frontliners. Kebanyakan kilang major di US telah mula menggunakan bekalan alkohol sedia ada untuk menghasilkan sanitiser ini dan menyediakannya secara percuma.

Ini adalah antara kilang bir di US yang menghasilkan sanitiser tangan

Anheuser-Busch
Kilang yang mengeluarkan bir Budweiser dan juga kilang penyulingan terbesar di dunia telah mengumumkan baru-baru ini bahawa mereka akan mula menghasilkan dan mengedarkan sanitiser tangan untuk menampung keperuan yang semakin meningkat di seluruh Amerika Syarikat.

Koval Distillery (Illinois)
Kilang ini menyediakan sanitiser tangan secara besar-besaran kepada komuniti perubatan, rumah persaraan dan orang-orang di barisan hadapan dalam perang melawan COVID-19. Matlamatnya adalah untuk memastikan bekalan ini percuma untuk mereka yang paling memerlukannya.

Kennebunkport Resort Collection, Batson River Brewing & Distillery dan Quest Fitness (Maine)
Kilang penyulingan Batson River kini bekerjasama dengan Kennebunkport Resort Collection dan Quest Fitness untuk menyediakan sanitiser tangan buatan tempatan sebanyak 5,000 botol seminggu untuk diedar kepada komuniti tempatan.

Tamworth Distilling (New Hampshire)
Kilang ini menyumbang 95% pengeluaran sanitizer kepada Tamworth Community Nurse Association.

Antler Run Distilling (New York)
Mereka tengah menghasilkan sanitizer tangan untuk diberi kepada profesional kesihatan tempatan, persaraan dan rumah penjagaan.

Finger Lakes Distilling (New York)
Kilang ini tengah membuat sanitizer tangan dari spirit minimun arak yang sedia ada. Pengguna boleh membawa botol kosong ke kilang penyulingan terbabit untuk diisi dengan sanitizer tangan buatan mereka.

Treaty Oak Distilling (Texas)
Kilang ini akan membuat sanitizer tangan menggunakan Spirits Bijirin Grain yang digunakan untuk membuat Waterloo No. 9 Gin. Alkohol tersebut akan dicampur dengan gliserin, hidrogen peroksida dan air (mengikut formula Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Bekerjasama untuk mencegah wabak Covid-19

Hate it or love it, semua kilang-kilang bir di seluruh negara Amerika Syarikat serta United Kingdom telah beralih fokus untuk menghasilkan sanitiser tangan berasaskan alkohol demi membantu para-para frontliner dalam usaha untuk membendung Covid-19 serta memenuhi permintaan global sanitiser tangan.

Oleh itu, bagi mereka yang minum alkohol, lain kali sebelum anda minum, ingatlah alkohol yang anda minum pernah digunakan untuk membuat sanitizer tangan. *Sekiranya anda seorang peminum alkohol, sila minum dengan bertanggungjawab. Semua minuman beralkohol adalah dilarang sama sekali untuk diminum oleh anak dibawah umur.

brooks wheelan drinking GIF by Saturday Night Live
Kredit: Giphy

Baca Juga Artikel Menarik Yang Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button