fbpx
Cerita Borneo

Kisah Hantu Janet, Hantu Lagenda Yang Terkenal Dari Zaman 70an Di Sarawak

Pelbagai versi kisah seram mengenai Hantu Janet tersebar secara berleluasa satu ketika dahulu.

Kisah Hantu Janet, Hantu Lagenda Yang Terkenal Dari Zaman 70an Di Sarawak. Majoriti masyarakat di Kuching, Sarawak amnya pasti telah mengetahui kisah seram mengenai Hantu Janet yang terkenal di era 60an dan 80an pada satu ketika dahulu.

Orang ramai pasti akan berasa was-was untuk keluar pada waktu malam kerana pelbagai versi kisah seram mengenai Hantu Janet tersebar secara berleluasa satu ketika dahulu. Hal ini dirasakan terutama sekali pada mereka yang gemar keluar di waktu malam mahupun yang terpaksa mencari rezeki pada sebelah malam.

Kisah Hantu Janet, Hantu Lagenda Yang Terkenal Dari Zaman 70an Di Sarawak
Kisah Hantu Janet, Hantu Lagenda Yang Terkenal Dari Zaman 70an Di Sarawak. SUMBER GAMBAR : Sarawakiana.net

Al kisah cerita Hantu Janet yang sering menjadi bualan orang ramai adalah kerana Janet merupakan seorang gadis berketurunan Tionghua yang dikatakan diculik sekitar tahun 70an.

Difahamkan Janet adalah merupakan seorang penjawat awam yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Umum Sarawak(HUS) dimana pada hari kejadian berlaku saat dirinya diculik adalah selepas bertugas shift lewat malam.

Sudah menjadi lumrah bagi masyarakat zaman dahulu mempercayai bahawa ritual “korban semah” bagi setiap pembinaan dimana ritual tersebut hanya akan dilaksanakan jika syarat utama bagi mempermudahkan proses ritual berkenaan menggunakan kepala orang yang diculik akan dipengal untuk dijadikan semah kepada penunggu yang sering menghalang pembinaan tersebut.

Bila kerja pembinaan tergendala disebabkan sesuatu masalah,ia bermakna penunggu meminta korban untuk disemah sebelum mendirikan sesuatu bangunan/pembinaan yang akan menjadikannya kukuh dan stabil.

Pada ketika kejadian tersebut berlaku, penculikan dan kehilangan Janet berkait rapat dengan projek pembinaan Jambatan Satok Kuching dimana terdapat satu struktur besar sedang dibuat iaitu pembinaan dan kerana itulah mereka yang terlibat mula mencari mangsa. Selalunya mereka mencari gadis perawan untuk dijadikan korban. Hanya kepala mereka sahaja yang akan digunakan (biasanya ditanam dalam tiang kongkrit).

Oleh yang demikian, ramai cerita mengenai kemunculan “Janet” yang mulai hangat diperkatakan sering menjelmakan dirinya dengan merayau-rayau keseorangan di tengah malam di antara Kampung Kudei serta Kampung Bintangor iaitu kampung-kampung yang terletak di kawasan Satok dan seringkali diceritakan bahawa ada ramai yang melihat hantu “Janet” akan berjalan keseorangan dengan berbaju merah dan berkasut merah.

Jika ada lelaki yang tertawan dengan rupa parasnya yang dikatakan cantik dan gebu maka lelaki itu akan diajak oleh hantu “Janet” untuk menemaninya menonton wayang larut malam atau “midnight show” di Panggung Cathay yang terletak berdekatan dengan Masjid Bahagian Kuching. Seringkali dikatakan bahawa setiap kali juruwang Panggung Cathay akan menemui daun mahupun duit orang mati Cina di dalam lipatan duit perolehan panggung wayang pada keesokan harinya.

Sejauh mana benarnya kisah ini, tiada siapa yang tahu. Terdapat juga versi versi lain kisah hantu janet ini sebenarnya. Anda pernah dengar yang mana satu?

Terdapat juga batu-batu di Sarawak yang masing-masing mempunyai kisah misteri :

Disebalik kemajuan pembangunan fizikal yang berlaku di Kuching, terdapat kawasan kawasan tinggalan lama yang masih menjadi persoalan sehingga kini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close