fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Kisah Lelaki Iban Jadi Orang Terawal Hadir Majlis Ilmu di Kuching, Siap Bantu Susun Kitab

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
10 November 2019
Kisah Lelaki Iban Jadi Orang Terawal Hadir Majlis Ilmu di Kuching, Siap Bantu Susun Kitab
Share on FacebookShare on Twitter

Perbezaan Agama Bukan Alasan Untuk Lelaki Ini Tidak Menjalankan Tugas

Kisah Lelaki Iban Jadi Orang Terawal Hadir Majlis Ilmu di Kuching, Siap Bantu Susun Kitab. Hidup di negeri yang berbilang kaum ini banyak rencah dan rasa yang perlu dijaga. Nilai ektremisme perlu ditolak sejauh yang mungkin bagi mencapai keseimbangan dan keharmonian sesama masyarakat.

Di sini, kami kongsikan sebuah kisah yang mungkin membuatkan anda kembali percaya bahawa nilai toleransi dan tolak ansur di Sarawak adalah sesuatu yang nyata. Perkongsian daripada Facebook Pengiran M. Nizam Rahman ini menceritakan tentang keperibadian seorang lelaki Iban dan beragama Kristian yang bernama Apai Albert.

Kisah Lelaki Iban Jadi Orang Terawal Hadir Majlis Ilmu di Kuching, Siap Bantu Susun Kitab
Apai Albert, seorang Pembantu Rendah Am di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Kredit : FB Pengiran M. Nizam Rahman

Menurut Pengiran, Apai Albert merupakan seorang lelaki Iban yang telah berkhidmat selama 27 tahun dengan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sebagai Pembantu Rendah Am. Namun demikian, apa yang mengejutkan, lelaki berkenaan sering kali menjadi orang yang terawal hadir ke Majlis Taklim yang diadakan pada setiap pagi untuk kakitangan Islam yang bekerja di pejabat tersebut.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Untuk pengetahuan, Majlis Taklim merupakan sebuah majlis ilmu keagamaan yang merangkumi bacaan hadis, surah Yassin, serta doa secara berjemaah agar dipermudahkan urusan. Walau pun lelaki tersebut berbangsa Iban dan beragama Kristian, ia bukanlah satu alasan untuk beliau mengabaikan tugasnya. Malah, beliau akan turut membantu persiapan majlis tersebut daripada susunan meja, sehinggalah kepada susunan kitab di atas meja. Tabik dengan Apai Albert.

Kisah Lelaki Iban Jadi Orang Terawal Hadir Majlis Ilmu di Kuching, Siap Bantu Susun Kitab
Kisah Lelaki Iban Jadi Orang Terawal Hadir Majlis Ilmu di Kuching, Siap Bantu Susun Kitab. Kredit : FB Pengiran M. Nizam Rahman

Di postingan itu juga, Pengiran turut meluahkan rasa terharunya dengan sikap Apai yang sanggup menghadiri majlis tersebut walaupun ia bukan keperluannya untuk menghadirinya sehingga tamat majlis. Tambahnya lagi, sikap Apai Albert ini membuka mata masyarakat agar menghargai nikmat dalam beragama kerana amalan beragama di negeri ini sentiasa didukung baik walaupun daripada latar belakang yang berbeza.

Kisah Lelaki Iban Jadi Orang Terawal Hadir Majlis Ilmu di Kuching, Siap Bantu Susun Kitab

Budaya tolak ansur dan hormat-menghormati bukan hanya pada cerita dan berita. Tapi perlu diungkap melalui perbuatan. Bak kata pepatah orang putih, actions speak louder than word. Yang baik jadikan teladan, yang kurang kita jadikan sempadan.

Jangan lupa like dan share post ini serta sebarkan positiviti.

Share9131Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy