fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kisah Viral Mitos Kacang Hijau Pencegah Selsema Burung

iloveborneo Oleh iloveborneo
26 Januari 2020
Kisah Viral Mitos Kacang Hijau Pencegah Selsema Burung
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Masa zaman cerita ini ‘viral’, internet bukanlah satu akses mudah untuk orang ramai

Kisah Viral Mitos Kacang Hijau Pencegah Selsema Burung. Huru-hara zaman tu tak dapat dilupakan. Macam nak kiamat orang cari kacang hijau. Telefon berbunyi di sana-sini. Makcik di benteng buat mee kolok pun dah tak senang hati. Takut kacang hijau tak sempat ditemui. Hanya kerana khabar angin dan cerita ciptaan ataupun hoax, licin stok kacang hijau seluruh Sarawak. Zaman tu ada SMS je, sekali hantar 30 sen… Kalau lebih taip jadi 2 sms.

Kisah Viral Mitos Kacang Hijau Pencegah Selsema Burung
Kisah Viral Mitos Kacang Hijau Pencegah Selsema Burung

Dahsyatnya kisah ini sehingga ada yang menyatakan bayi yang baru lahir di hospital dapat bercakap.

ADVERTISEMENT

“Makanlah kacang hijau, kelak ktk orang selamat dari bahaya SARS / Bird Flu”.

Ada juga yang menyakan kacang hijau itu mesti dimakan sebelum pukul 12 tengah malam. Paling tak dapat brain, cerita hoax itu turut menyatakan bayi tersebut mati selepas menyampaikan pesanan.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Maka tersebarlah seantero Sarawak dengan pesanan mulut ke mulut sampai semua orang cari kacang hijau walaupun di awal pagi! Berbondong manusia ngetok kedey cina tengah malam hanya kerana maok carik kacang hijau… Sampey tekeh kacang pun sekda juak.

ADVERTISEMENT

Zaman ini pun tidak kurangnya, tapi bahannya bertukar menjadi bawang

Mungkin lumrah manusia, gemarkan berita palsu dan panik tanpa melakukan kajian atau paling kurang pun carian di internet. Apatah lagi merujuk pada pakar atau percaya pada pakar kesihatan yang menghabiskan masa berpuluh tahun mengkaji corak penyebaran virus. Lawaknya, perkongsian berita palsu tersebut mendapat lebih banyak share daripada berita asal. Lumrah manusia bukan?

Begitu juga dengan virus coronavirus sekarang, berita palsu untuk menakutkan orang ramai senang tersebar

Ada yang mengatakan Coronavirus di ipoh, ada juga yang mengatakan di Sabah, semuanya untuk membuatkan orang panik sedangkan kenyataan rasmi yang menunggu kajian dan hasil laporan sedang ditunggu. Akhirnya, mencetuskan panik tidak tentu hala.

ADVERTISEMENT

Travel Ban Tidak Efektif Dalam Mengekang Penyebaran Virus

Kini pula, kecoh mengapa tiada halangan langsung untuk pelancong dari China masuk ke Malaysia. Maka mulalah mereka yang cerdik pandai mengeluarkan petition, belum lagi yang memaki hamun pihak berkuasa. Sedangkan, berdasarkan kajian, travel ban ini tidak efektif dalam mengekang penyebaran virus.

Baca Artikel ini mengapa Travel Ban tidak efektif dalam menyekat penyebaran virus :
The evidence on travel bans for diseases like coronavirus is clear: They don’t work

Anda sukakan berita palsu dan ikut naluri berbanding dari mengikut data? Ya, silakan teruskan kepercayaan anda dan jangan persoalkan mengapa kemajuan itu lambat sampai.

Share872Tweet42SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy