fbpx
Cerita Borneo

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!

Tahniah, Kementerian Kesihatan Malaysia!

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah! Prestasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani pandemik di Malaysia tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi pengendalian tersebut diketuai oleh ketua pengarah kesihatan yang berwibawa iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kejayaan KKM kini diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila kementerian tersebut hari ini memenangi anugerah berprestij pertama e-branding BrandLaureate daripada The World Brands Foundation.

DG Hisham turut terima anugerah Outstanding BrandLeadership Award 2020

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!
Sumber : FB Noor Hisham Abdullah

Bukan itu sahaja, ketua pengarah kesihatan, DG Hisham turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Outstanding BrandLeadership Award 2020. Wah!

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!
Sumber : FB Noor Hisham Abdullah

Menerusi laman Facebook DG Hisham, beliau menyifatkan kejayaan tersebut sebagai kejayaan yang dimiliki oleh seluruh petugas barisan hadapan dan sesiapa sahaja yang telah bekerja keras di sebalik tabir.

Malah, anugerah tersebut melambangkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap individu di KKM serta pelbagai agensi yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Kejayaan ini hasil kerjasama seluruh rakyat Malaysia

Jelasnya lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menghadapi halangan dan cabaran semasa memerangi pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, rakyat di negara ini telah berjaya mengatasinya secara kolektif dan bersatu hati.

Bukan itu sahaja, tagline ‘Semua sektor ialah sektor kesihatan’ juga menjadi realiti apabila rakyat dan pihak kerajaan sama-sama berganding bahu untuk membendung penularan pandemik.

KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!
Sumber : FB Noor Hisham Abdullah

DG Hisham yang mewakili seluruh warga kerja KKM turut menghargai kerjasama dan kesabaran rakyat terhadap petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Anugerah BrandLaureate perkenal jenama ke peringkat antarabangsa

Untuk pengetahuan anda, Anugerah BrandLaureate adalah anugerah penjenamaan yang dianjurkan oleh The World Brands Foundation (TWBF) yang mengenal pasti jenama dan memperkenalkan mereka di mata antarabangsa.

Antara jenama yang telah memenangi anugerah jenama dunia BrandLaureate ini adalah seperti Coca Cola, Shell, Starbucks, KFC, Intel, Levi’s dan banyak lagi.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada KKM!

Lagi artikel menarik :

Artikel Berkaitan

Back to top button