fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

KKM Menggesa Ibu Bapa Untuk Pastikan Anak Tidak Guna Gajet Terlalu Lama

Kedung BK Oleh Kedung BK
15 September 2020
KKM Menggesa Ibu Bapa Untuk Pastikan Anak Tidak Guna Gajet Terlalu Lama
Share on FacebookShare on Twitter

Nak bagi boleh, tapi pantau tempoh penggunaan

KKM Menggesa Ibu Bapa Untuk Pastikan Anak Tidak Guna Gajet Terlalu Lama. Kebiasaannya, para ibu bapa akan memberi gajet seperti tablet atau telefon pintar kepada anak mereka sebagai distraction. Lagi-lagi zaman ini kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja, jadi kanak-kanak perlu sesuatu untuk mengalih perhatian mereka dari menganggu ibu bapa yang tengah sibuk.

Malah, gajet seperti ini juga digunakan sebagai alat pendidikan. Maklum lah, zaman digital ini semakin ramai orang beralih menggunakan telefon pintar dan tablet jika dibandingkan dengan televisyen.

Walaupun ibu bapa mempunyai niat terbaik untuk anak mereka, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi nasihat mengenai kesan penggunaan gajet dalam tempoh yang lama terutamanya kepada kanak-kanak. Menurut mereka, kanak-kanak yang meluangkan banyak masa dengan gajet akan mendatangkan kesan kepada mata mereka.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

KKM Menggesa Ibu Bapa Untuk Pastikan Anak Tidak Guna Gajet Terlalu Lama

Kesan penggunaan gajet ke atas mata kanak-kanak

Berikut adalah kesan-kesan mata yang dinyatakan oleh KKM menerusi Facebook rasmi mereka:

Penggunaan gajet dalam tempoh yang lama boleh memberi kesan kepada saraf mata ataupun bebola mata. Malah, perkara ini…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, September 13, 2020

Menurut mereka, penggunaan gajet yang terlalu lama akan mendatangkan kesan kepada kanak-kanak, seperti berikut:

  • Penglihatan Kabur
  • Mata Kering
  • Rabun Jauh (peningkatan myopia)
  • Kerosakan saraf mata (pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan gajet)
black and white cat GIF

Ia tidak salah untuk memberi mereka (atau kita sendiri) menggunakan gajet tersebut tetapi pastikan mereka tidak meluangkan masa yang lama. Awasi tempoh penggunaannya, ok?

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy