fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

KKMM Ingatkan Premis Perniagaan Untuk Patuhi Tatacara Pengendalian Data Peribadi

iloveborneo Oleh iloveborneo
30 Mei 2020
KKMM Ingatkan Premis Perniagaan Untuk Patuhi Tatacara Pengendalian Data Peribadi
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

KKMM dalam kenyataan hari ini berkata ketetapan tatacara itu telah diluluskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri

KKMM Ingatkan Premis Perniagaan Untuk Patuhi Tatacara Pengendalian Data Peribadi. Semua premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu mematuhi sepenuhnya tatacara mengendalikan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

KKMM Ingatkan Premis Perniagaan Untuk Patuhi Tatacara Pengendalian Data Peribadi
KKMM Ingatkan Premis Perniagaan Untuk Patuhi Tatacara Pengendalian Data Peribadi

KKMM dalam kenyataan hari ini berkata ketetapan tatacara itu telah diluluskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 21 Mei lepas.

ADVERTISEMENT

Menurut kenyataan itu, tatacara yang perlu diikuti ialah hanya nama, nombor telefon yang boleh dihubungi dan tarikh serta masa kehadiran pengunjung atau pelanggan perlu direkodkan dan kaedah pengumpulan tertakluk kepada premis perniagaan itu sama ada secara manual atau digital.

Selain itu, paparan notis di tempat yang mudah dilihat sebagai makluman kepada pengunjung atau pelanggan mengenai tujuan pengumpulan data peribadi, penggunaan dokumen khusus bagi kaedah secara manual mengikut format dan direkodkan sendiri oleh kakitangan premis perniagaan dan data peribadi yang dikumpul hanya digunakan bagi tujuan pengesanan kontak selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Tatacara lain yang perlu diikuti ialah premis perniagaan perlu memastikan data peribadi yang diambil tepat dan tidak mengelirukan manakala had masa penyimpanan data peribadi yang dikumpulkan adalah sehingga selepas enam bulan PKPB ditamatkan dan perlu dimusnahkan dan dipadamkan secara kekal.

Sekiranya premis perniagaan gagal mematuhi perkara tersebut dan disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM300,000 atau dipenjara dua tahun atau kedua-duanya menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

ADVERTISEMENT

“Bagaimanapun, pelaksanaan ini juga tertakluk kepada sebarang penetapan baharu oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang untuk memberi data peribadi kepada mana-mana premis perniagaan bagi tujuan pengesanan kontak COVID-19 dan KKMM akan menjalankan pemantauan secara berterusan,” demikian menurut kenyataan itu.

Sebarang aduan berkaitan pelaksanaan tatacara itu boleh dimajukan melalui Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) pada pautan https://daftar.pdp.gov.my.

SUMBER : BERNAMA
Share259Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy