fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Klinik Khas Penyakit Pernafasan Dibuka Di Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan Kuching

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 Mac 2020
Klinik Khas Penyakit Pernafasan Dibuka Di Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan Kuching
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Khas Untuk Individu Yang Batuk, Demam Dan Masalah Respiratori Selain COVID-19

Klinik Khas Penyakit Pernafasan Dibuka Di Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan Kuching. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuka satu lagi klinik khas untuk pesakit berkaitan penyakit pernafasan (respiratori) di halaman luar Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan, Kuching. Klinik tersebut mula dibuka pada hari ini, 24 Mac 2020 (Selasa).

Menurut pengerusi jawatankuasa merangkap timbalan ketua menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, klinik khas respiratori tersebut menyediakan perkhidmatan saringan percuma untuk individu yang mengalami masalah seperti batuk, demam atau masalah respiratori yang lain tetapi tidak mempunyai sejarah kluster COVID-19 atau bukan kontak rapat kepada individu yang disahkan positif COVID-19.

ADVERTISEMENT

Tambahnya, klinik ini adalah berbeza daripada klinik saringan COVID-19 yang kini ditempatkan di Kompleks Belia dan Sukan Kuching.

Klinik Khas Penyakit Pernafasan Dibuka Di Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan Kuching
Klinik Khas Penyakit Pernafasan Dibuka Di Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan Kuching. Kredit : FB Jebat May Kamarul II

Tujuan pembukaan klinik khas ini adalah untuk membantu mengasingkan pesakit daripada kawasan berisiko tinggi dan mengurangkan penularan jangkitan.

Lindungi Orang Ramai Termasuk Frontliners Daripada Dijangkiti COVID-19

Selain itu, pembukaan klinik ini juga bertujuan untuk melindungi orang ramai termasuk frontliners daripada dijangkiti COVID-19. Orang awam yang mempunyai masalah respiratori boleh terus datang ke klinik khas ini daripada mengunjungi doktor biasa. Ia bagi mengurangkan kadar jangkitan kepada golongan frontliners memandangkan Sarawak mempunyai lebih 200 orang doktor dan sukar untuk menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada semua pengamal perubatan ini. Dengan pembukaan klinik ini, pengamal perubatan yang lain boleh menumpukan perhatian kepada masalah kesihatan yang lain selain masalah respiratori.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Dalam pada masa yang sama, para pesakit turut diingatkan untuk menjaga penjarakkan sosial 1 meter semasa mendapatkan rawatan di klinik ini.

Klinik Khas Penyakit Pernafasan Dibuka Di Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan Kuching
Kredit : FB Jebat May Kamarul II
Klinik Khas Penyakit Pernafasan Dibuka Di Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan Kuching
Kredit : FB Jebat May Kamarul II

Lokasi : Arena Boling Padang, Stadium Perpaduan, Kuching

ADVERTISEMENT

Waktu Operasi : 8 pagi hingga 5 petang (termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Cuti)

ADVERTISEMENT
Share644Tweet42SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy