fbpx
Cerita Borneo

Kluster COVID19 Dari Itali Ragut 5 Sekeluarga, 37 Kes Positif Setakat Ini Di Kuching

Kluster itu turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia

Kluster COVID19 Dari Itali Ragut 5 Sekeluarga, 37 Kes Positif Setakat Ini Di Kuching. Dengan pertambahan 10 lagi kes positif COVID19 hari ini, Sarawak setakat ini telah mencatat 274 kes positif. Dari kesemua jumlah kes ini 12 kematian juga telah dicatatkan dan 19 orang telah sembuh dan discaj dari hospital. 3 orang ahli parlimen (seorang telah pulih) dan seorang ADUN juga turut positif manakala beberapa orang pemimpin tertinggi Kerajaan Sarawak juga sedang isolasi diri selepas menjadi kontak rapat kes COVID19.

Beberapa orang permimpin tertinggi Sarawak yang kini isolasi diri

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menyentuh satu kluster kes COVID19 di Kuching yang telah mengorbankan nya 5 orang sekeluarga setakat ini. Menurut kenyataan KKM :

KKM ingin menegaskan bahawa amat penting supaya masyarakat memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontrak rapat kes positif COVID-19, sejarah perjalanan ke luar negara atau kehadiran ke perhimpunan yang diumumkan oleh KKM sebagai berkait rapat dengan penularan jangkitan COVID-19

Sebagai contoh, daripada hasil siasatan yang dijalankan, terdapat satu kluster yang wujud daripada kes indeks positif COVID-19 yang mempunyai sejarah perhalanan ke negara Itali (Kes ke 1580). Setakat ini, daripada kluster tersebut 37 orang telah disahkan positif COVID-19, di mana terdapat lima (5) kes kematian (iaitu kes ke 1031, kes 1032, kes 1006, kes 2850 dan kes 2210 serta satu (1) kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3

Ibu dan anak perempuan merupakan antara mangsa kematian yang awal

Merujuk pada kenyataan media yang dikeluarkan pada 21 Mac yang lepas, Jawatankuasa Melaporkan 2 orang kes kematian melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun dan seorang lagi wanita yang berusia 40 tahun. Mereka merupakan mangsa awal dari kluster dari Itali ini, diikuti oleh 3 lagi kes kematian menjadikan kes kematian keseluruhan akibat kluster Itali ini kepada 5 orang. Perkara itu juga mula dimaklumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak pada 26 Mac yang lepas

Kluster COVID19 Dari Itali Ragut 5 Sekeluarga, 37 Kes Positif Setakat Ini Di Kuching | Gambar Hiasan

Ada ahli keluarga tidak mampu mendengar berita kematian yang berturut turut

Salah seorang keluarga mangsa terut berkongsi perasaan beliau selepas kematian 5 orang ahli keluarganya. ‘Moga ini yang terakhir..tak mampu mendengar berita kematian yang berjurut2’ – Begitulah luahan individu terbabit apabila COVID19 meragut nyawa 5 orang ahli keluarganya setakat ini.

Bagi yang ingin mengetahui kisah ringkas mengenai kluster dari itali ini, anda boleh rujuk : ( tangkaplayar telah dipadam, pada mulanya ianya diset kepada public )

Risiko kos import menular di negara ini

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi beberapa buah cicipan petang tadi turut menyatakan kepentingan untuk jujur dalam memberi maklumat terutamanya jika :

1. Mempunyai kontak rapat dgn kes positif COVID-19.
2. Sejarah perjalanan ke luar negara atau
3. Kehadiran ke perhimpunan yang telah diumumkan KKM sebagai berkait rapat dgn penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Hubungi KKM jika anda mempunyai apa apa pertanyaan berkaitan dengan COVID19. Pusat operasi CPRC Kebangsaan berfungsi 24 jam seminggu bagi membantu sesiapa sahaja yang mempunyai persoalan berkaitan dengan COVID19. Rujuk cicipan dari twitter di bawah untuk cara menghubungi mereka.

Artikel Berkaitan

Back to top button