fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

KPM Umum Pentaksiran Khas Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2021 Diadakan Oktober Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 Ogos 2020
KPM Umum Pentaksiran Khas Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2021 Diadakan Oktober Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Khas untuk pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3 tahun ini.

KPM Umum Pentaksiran Khas Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2021 Diadakan Oktober Ini. Semua sudah sedia maklum bahawa pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3 tidak akan menduduki peperiksaan UPSR dan PT3 pada tahun ini walau pun ia merupakan penanda aras untuk kelayakan masuk ke sekolah khusus untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Walau bagaimanapun, peperiksaan awam ini akan digantikan dengan pentaksiran khas seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

ADVERTISEMENT

Melalui kenyataan rasmi KPM yang bertarikh 23 Ogos 2020, pentaksiran baharu tersebut diperkenalkan untuk kemasukan ke sekolah khusus iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi sesi 2021.

KPM Umum Pentaksiran Khas Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2021 Diadakan Oktober Ini
KPM Umum Pentaksiran Khas Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2021 Diadakan Oktober Ini.
Sumber : FB Kementerian Pendidikan Malaysia

Kaedah pentaksiran standard dan berpusat

Kaedah pentaksiran standard baharu ini akan diadakan secara berpusat dan serentak di seluruh negara pada bulan Oktober tahun ini. Sebanyak 555 pusat pentaksiran telah dikenal pasti di seluruh negara.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

ADVERTISEMENT

Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dibuka bermula 7 September 2020. Tarikh penting lain seperti semakan pusat pentaksiran serta pelaksanaan pentaksiran boleh disemak seperti berikut ;

KPM Umum Pentaksiran Khas Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2021 Diadakan Oktober Ini

Pentaksiran khas ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu ;

ADVERTISEMENT

1. Kecerdasan Insaniah (20%)

2. Kecerdasan Intelektual (70%)

3. Artikulasi Penulisan (10%)

Untuk pentaksiran ini, ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual akan diadakan secara atas talian manakala ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

Keterangan lanjut tentang pentaksiran ini akan diumumkan menerusi portal KPM pada 1 September 2020.

Untuk membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus, layari pautan ini :

Kemasukan ke Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/

Kemasukan ke Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/

Selamat maju jaya semuanya!

Baca juga :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy